Monday, April 2, 2012

Review Novel ~ Andai Itu Takdirnya

Bila jiwa mula kosong, dari merayap tah ke mana-mana aku mula berjinak-jinak mengisi masa lapang yang ada dengan membaca novel. Novel pertama yang aku beli selepas menamatkan zaman remaja.

Penulis: Siti Rosmizah
Harga: RM 19.90
Halaman: 588
Penerbitan: Buku Prima Sdn. Bhd.

Itu pun selepas di suggest oleh sahabatku yang menyatakan karya novel nie akan membuatkan pembacanya menangis...!! Aku pun nak cuba kecekalan hati aku yang keras nie dengan membelinya.. Malam tue juga aku pergi Popular di Jusco Rawang.. Siap tulis Best Seller kot! Mesti kena baca nie.. Aku pun terus sign up jadi member kat Popular.. Lepas nie sure nak beli lagi novel-novel yang terhangat!
 
Sebelum itu aku siarkan sinopsis novel ~ Andai Itu Takdirnya 

"Jangan salah faham Puan Sri. Kemaafan yang diberi tidak akan sama sekali menjadikan saya lupa pada kedudukan diri saya ini. Saya tak boleh membuang pangkat itu ke tepi hanya kerana kesalahan yang pernah dibuat pada saya."

"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."

Andai itu tadir-Nya, dia akan menempuhinya dengan tabah dan sabar. Apa yang penting sekarang adalah kebahagiaan anaknya, Dania. Sekurang-kurangnya, bila Aleya menutup mata, kehidupan Dania akan terbela.
"Selama aku meniti liku-liku kehidupan yang penuh dengan onak dan duri ini. aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdik-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu untuk bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."

Aku ambil masa seminggu untuk habiskan membaca novel nie.. Masa-masa terluang pun bila semua kerja rumah sudah siap dan Hawa sudah lena diulit mimpi..

Ok let's start.. Karya Siti Rosmizah sememangnya tidak dapat disangkal lagi.. Dia membawa aku bersama-sama menyelami penderitaan Aleya.. Masih wujudkah lagi wanita sesuci ini, setabah ini?? Kekejaman Syed Aizril yang memperlakukan kekejaman ke atas manusia yang bergelar isteri akibat ego yang tinggi dan kesombongan dia yang hampir meragut nyawa anak dia sendiri... Air mata aku tak henti mengalir tatkala melihat kekejaman dia..!! Perlukan manusia seperti dia terus hidup di dunia ini??

Ketabahan Aleya yang inginkan anak-anak dia membesar dalam keadaan yang sempurna tatkala doktor memberitahu dia mempunyai ketumbuhan di kepala membuatkan dia kembali kepada Syed Aizril yang kononnya sudah berubah walaupun ditentang oleh sahabat baiknya, Umi... Umi tahu yang Syed Aizril tak akan berubah!

Disangkakan panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan ditengahari... Kebahagiaan yang dikecapi Aleya hanya sementara angkara sifat cemburu buta Syed Aizril kepada isterinya.. Keegoan Syed Aizril makin memuncak! Walaupun rasa cinta dia hanya pada Aleya tapi ego mengatasi semuanya... Aleya akur dengan kehendak suaminya yang akan bernikah dengan Lin.. Tatkala penyakit dia hampir membawa maut, dia keluar rumah besar itu dengan harapan yang musnah! Mana pergi janji-janji manis Syed Aizril yang akan menjaga dia hingga ke akhir hayat?? Tapi penghinaan yang dia dapat. Dia juga berjanji tidak akan menjejakkan kaki lagi di rumah besar ini. Ditinggalkan si kecik Dania kerana dia tahu ajal dia sudah tiba....

Masihkah ada peluang kedua untuk Syed Aizril?? Sudah sampai ke ajal Aleya?? Lin masih mahu menagih cinta  Syed Aizril...???

Novel ini sememangnya perlu di baca.. Konflik banyak berlaku.. Dapatkah Aleya mengecapi bahagia dalam hidupnya??? Atau mungkin sudah tertulis sengsara yang perlu ditempuhi.... Andai Itu Takdirnya.... dia pasrah...

Novel Andai Itu Takdirnya sememangnya berjaya membuat aku teresak-esak menangis sehingga mata bengkak.. Dari 5 bintang aku beri 5 bintang!! TERBAIK....

Thursday, March 22, 2012

Akhirnya... Aku bergelar cucu yatim piatu!!


Innalillahiwainnailaihirojiun...

Jam menunjukkan kan 11.29 pagi handphone aku berdering dan terpampang panggilan dari Ma, lantas segera aku menjawab.. Suara ma yang sedih bercampur kelam kabut itu lagi mengusarkan aku.. 

"Adik cepat balik, Mak Wo (panggilan untuk nenek aku) dah meninggal, suara sedu Ma masih teringa-gia dibenakku". Lalu panggilan diputuskan.

Aku tergamam sekejap..!! lalu aku membuka FB dan sepupu-sepupuku telah update status tentang pemergiaan Mak Wo.

Semasa aku dalam kecemasan ini aku masih terikat dengan urusan duniawi. Perlu menghabiskan kerja sebelum berkejar balik. Perasaan kesal hingga hari ini masih berbuku lagi tatkala aku tidak dapat menatap dan mencium wajah Mak Wo untuk kali terakhir. Bukan kehendak aku tapi... susah nak tafsirkan pemikiran serta tanggapan manusia dan ayat yang lebih sesuai dia belum kena batang hidung dia sendiri..!

Selepas bergegas ambil Hawa di Selayang aku terus bergegas balik ke Rawang untuk ambil keperluan sebelum pulang ke Klang. Lebih kurang jam 5.15 petang aku sampai dan terus ke pusara. Semua ahli keluarga, sanak saudara sudah memenuhi ruang pusara. Selepas urusan pengkebumian kami terus masak apa yang patut bagi dihantar ke masjid untuk majlis tahlil arwah.

DariNya kita datang, kepadaNya kita kembali Nah binti Idris kembali kerahmatullah pada 20 Mac 2012 jam 11.15 pagi akibat sakit tua.

Sememangnya aku akan terus merindui arwah Mak Wo terutama air tangan dia.. Dialah chef terbaik pernah aku jumpa, tiada tandingan..! Sambal tumis, assam pedas, roti canai... Arghhh tiada siapa dapat mengantikan masakan penuh kasih sayang itu.. 

Dia jugalah mengajar aku menjadi seorang pembersih terutama bab lantai rumah, janganlah sesekali membiarkan lantai melekit, rumah berhabuk dan paling penting bab-bak lipat baju nie.. Dia sangat-sangat teliti..

Walaupun dia seorang mak, nenek yang tersangat garang dalam mendidik anak-anak dan cucu-cucu dia, tetapi dia mempunyai hati yang baik cuma mungkin dia tidak tahu cara untuk meluahkan kasih sayang itu. 

Perginya Mak Wo, lengkaplah aku kehilangan kedua-dua nenek dan atuk. Hilanglah sudah tempat bermanja tatkala teringatnya zaman-zaman kecilku berkumpul di rumah Mak Wo menjelang hari raya untuk bermain bunga api, bergotong-royong mencabut rumput, mandi perigi dan apabila sudah dewasa kini masing-masing ada haluan hidup sendiri dan kami makin jauh..... 

Kebahagian di dunia hanyalah pinjaman, tetapi kebahagian yang kekal di akhirat sana. Cukup sudah ker amalan kita di dunia ini sebagai bekalan di akhirat nanti..?? Persoalan aku untuk diri sendiri.. Aku mahu kebahagian dunia dan akhirat. Aku mahu bersama-sama merasai kebahagiaan itu dengan insan-insan yang aku sayangi. Jauh disudut hati aku terasa keinsafan dalam diri bila melihat kematian... Kita juga akan ke situ jua satu hari nanti......

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..

Al-Fatihah.....

Saat-saat arwah bersemadi
Penghormatan terakhir


Monday, March 19, 2012

Memory Broga Hill

Suasana subuh di Broga

Last minute planning untuk panjat Broga Hill.. Itu jer terlintas difikiran disaat-saat serabut nie, lalu aku mengajak Mek Nor dan Geng PT untuk panjat waktu subuh bagi menikmati angin pagi. Semalam Mek Nor sekeluarga, Norly dengan anak bujang dia, Ustaz Asri, Abg Kamal, Ateh dan aku bersama my little adamD bergerak jam 5 pagi dari Mc Donald, Ulu Kelang.

Rancangan awal kami mahu bergerak jam 4 pagi tapi tahu jer la janji melayu.... Hanya Ustaz Asri yang menepati masa dan tiba tepat jam 4 pagi. Kami yang lewat nie terpaksalah mendengar tazkirah beliau yang mungkin 3 minggu baru habis... hahahaha.. Perasaan kesal bila cameraman kami Abeyy Bie yang tak dapat join disaat-saat akhir akibat menjaga anak jiran dia.. (dia kata!) dan dalam ramai-ramai sorang pun tak bawa camera! Nasib baik ada Galaxy Note canggih Abg Kamal! Dapatlah amik sekeping dua gambar untuk kenang-kenangan...

Broga Hill

Kami sampai lebih kurang jam 6 pagi dan umat manusia punyalah ramai.. Berlakulah traffic jam lagi di atas bukit Broga. Salah seorang pendaki semalam juga ada yang pengsan dan kemungkinan dia tidak mengalas perut sebelum mendaki atau tiada stamina. Stamina sangat penting bagi sesorang pendaki sebelum memulakan pendakian. 


Untuk kali pertamanya aku membawa adamD untuk hiking setelah berpuluh-puluh kali dia mendesak aku untuk bawa dia bersama. Last aku pergi Broga bersama Fiq juga untuk kali pertama kami hiking bersama dan juga ada dalam entry Broga Hill. Dan kali ini aku pergi tatkala di berada nun jauh di sana. Aku pun tak tahu bila perasaan sedih ini akan hilang.. sob..sob..sob.. :'(

Aksi ngeri lagi dari Sahar

Setelah puas bergambar di setiap sudut puncak Broga, kami turun dan kali ini aku terpaksa jadi potter bila adamD sudah mengeluh penat..!! Walaupun setakat warm up di Broga ianya tetap menghiburkan. Layanlah sekeping dua gambar yang ada...

With my little hero, adamD

 Photo credit to Kamaruzaman

Tabur Hill Far East via Kemensah (Extreme)

View Tabur Hill West & East from Tabur Hill Far East

Xpdc kali ini team DMG Trekkers telah bergabung dengan Bernama dan seramai 12 orang ke Bukit Tabur Far East melalui check point Kemensah pada 11 March lalu. Memulakan perjalanan lebih kurang jam 8 pagi melalui perkampung orang asli pada mulanya kami agak tersasar dan kami terpaksa berjalan agak jauh sedikit.

Powerpuff Girls

Trek ke Tabur Hill Far East  nie agak santai cuma perjalanan agak jauh yang memakan masa lebih kurang 2 jam. Climbing dari satu batu ke satu batu juga lebih selamat berbanding Tabur Hill West yang agak curam.

Group posing
Ladies only
Tersasar.. pose dulu..

Tetapi sini tersangatlah banyak lebah dan dari puncak pertama lebah mengekori kami dan akhirnya dipuncak terakhir aku disengat 4 ekor lebah gara-gara Sahar yang terpijak sarang dia!! Sakit teramat sangat masa tue dan meninggalkan kesan gatal hingga hari ini.

Climbing

Anyway congrats geng..!! Sebelum balik kami singgah di Kemensah untuk membasah tekak dan terjun tiruk! Sila layan gambar-gambar hasil tangan Abeyy Bie, Asri & Kamal.. Thanks bro!

Aksi lagak ngeri Sahar
Trekking
Panas dan makin terik..!
Lagi aksi ngeri Sahar
Still pose ayu..
Take 5
Trek berbatu
View dari puncak.. Sangat gayat!
Pn Nonie, Mek nO & me
Sampai puncak pertama
Jalan lagi..dan lagi..
Panjat batu pulak!
Cara bergayut dengan betul..!!
Posing dan terus berposing..
Muka gayat!! sangat...
Nak tunjuk jari yang lentik jer nie!
My fav pose..!

Photo credit to Abeyy Bie, Asri Junin & Kamaruzaman