Rombongan Cik Noor minggu lepas bersamaan 28 Januari 2012 kami merentasi
Hutan Melintang dan Batu Gajah untuk bersama-sama berkongsi kegembiraan sahabat
kami yang bernikah. Our journey disertai
9 orang anak-anak gadis dan seorang jejaka merangkap photographer kami hari itu.. nak sebut nama sikit la… Zura,
Amy gersang, Ain, Marl, Mirza, Nurin, HawaD dan my AF for sure…
![]() |
Sebelum bertolak posing dulu.... |
Tepat jam 9.00pagi semua berkumpul
di Hentian Rawang untuk beli-beli sandwich lar.. snap-snap picture la…
Perjalanan diteruskan lebih kurang 9.30pagi.. On the way pergi Batu Gajah aku
teringin nak singgah Kellies Castle so kami sepakat untuk berhenti sekejap
memandang masih awal lagi masa untuk makan nasi minyak.
For first time menjejakkan kami
disini rupa-rupanya nak masuk kena bayar RM4.00 seorang untuk dewasa. Empat
hinggit kau.. semata-mata nak amik gambar.. hahahaha….
Apa yang menarik?? Hurmm biasa-biasa
jer.. tak ubah seperti melawat rumah terbengkalai jer… kami tidak naik
menerokai hingga ke atas pun memandangkan semua tak mahu berpeluh sebelum
sampai ke majlis perkahwinan Puan Shima. Berposing apa yang patut dan kami
segera kembali ke kereta untuk meneruskan perjalanan. Apa yang ble aku rumuskan untuk
perjalanan ke Batu Gajah nie, kami belajar untuk ‘U’ turn… tah berapa kali main-main ‘U’ turn pun aku tak terkira.. hahahaha..
![]() |
sweet memory Kellies Castle with buddies |
Lebih kurang jam 12.00tengahari
kami tiba di rumah Shima yang juga merupakan rakan sekelas kami.. Kawin juga
Shima!! Dapat abang askar..!! kau ader Zura??? Hahaha… Masa kami sampai Shima
masih tengah bersolek lagi tapi dia punya pelamin memang “AWESOME”.. tanpa segan silu
kami terus naik pelamin Shima untuk bergambar.. wah..!! lama giler tak naik
pelamin… bila agaknya nak rasa lagi..?? (statement gatal).
Lepas makan-makan nasi minyak
yang terbaik tue aku perlu bergegas ke Hutan Melintang untuk majlis perkahwinan
Shah Anas pula, nanti majuk pulak member gunung sorang nie kan..!! Kami
meneruskan perjalanan dari Batu Gajah ke Hutan Melintang yang memakan masa
2jam..
![]() |
Congratz Shah Anas |
Yeah.. nasib baik bawak GPS kan.. kalau tak, tah mana kami pergi.. Tepat jam 3.00petang aku tiba di rumah mertua Anas. Walaupun agak terlambat, kami sempat juga bergambar dengan pengantin.. Anas nampak macho lagi gagah perkasa dengan baju pengantin tue (selalu jumpa pakai treksuit ngan t-shirt jer kan..!!) dan sepadan dengan pengantin perempuan yang sangat cantik lagi manis.. Congratz Anas.. Semoga kekal hingga akhir hayat…
Buat Shima ketua gangster RZ satu masa dulu, hahahaha.... semoga menjadi isteri dan ibu yang solehan lagi mithali.. Semoga perkahwinan ini kekal hingga hujung nyawa… pada kawan-kawanku diatas jangan lupa esok rombongan ke Birthday Party & Baby Shower anak Faye yer…
![]() |
Congratz Shima |
No comments:
Post a Comment