Thursday, January 26, 2012

CNY Di Jeram Perlus

Perlus Waterfall

Hari Isnin yang lalu bersamaan 23 Jan 2012 aku join Group Green dengan membawa hati yang duka lara kerana ditinggalkan DMG Trekkers yang berjimba-jimba di Mulu, Sarawak. Aku bawa diri pergi trekking ke airterjun Perlus di Batu 18, Hulu Langat lagi best..!!. Seramai 14 orang peserta yang diketuai oleh Kak B. Oh.! lupa thanks abg Yatt kerana sudi invite kami.

Perjalanan kami bermula jam 10.30 pagi. Starting point di perkampung orang asli, pada awal perjalanan kami agak tersasar sedikit berikutan ada dua jalan tetapi dapat diatasi oleh Kak B. Trekking yang memakan masa lebih kurang 3 jam itu agak memeritkan kaki kami semua. Boleh katakan disinilah kubu pembiakkan pacat-pacat...!! mulanya aku agak tidak percaya bila dikatakan tempat sini banyak pacat.. difikirkan ku mungkin seekor dua jer berjaya mencabul kesucian kakiku..!! tapi rupa-rupannya..... arghhhhh.... hampir 50 ekor pacat berjaya menawan kakiku... benci..!! tapi trek disini landai cuma bila hampir tiba di kawasan air terjun ianya mencanak sedikit...


Lebih kurang jam 1.30 tenghari kami tiba di air terjun Perlus... Wow.. terpesona dengan keindahan air terjun disitu... Sampai jer sana kami terus cari port bagi membuang pacat-pacat yang sedang bersuka ria di kaki kami.. Time nie, sandal karrimor pun dah macam kari jer... 

Perut pun da berbunyi so kami terus menjamu makanan yang dibawa, tiba-tiba hujan turun dengan lebat... apa lagi, makan dibawah daun keladi lar...!! the best moment with my AF.. 


Makan-makan, mandi-manda, snap picture and sembang-sembang kosong... Jam 4.30 petang kami bergerak pulang. Tapi macam biasa lah, encik-encik pacat memulakan tugas dengan jayanya... kira hari tue macam Hari Menderma Darah lar... Lebih kurang jam 7.00 petang kami sampai di kereta.. 

Walaupun baru bersuai kenal, kami sangat enjoy dengan trip nie.. Kak B, Yatt Mansur, Nadia, Oja comel dan lain-lain kita jumpa for the next event ya... Kalau ada terkurang bercakap harap maafkan (al-maklumlah first time jumpa masih malu-malu lagi..!!)

DMG Trekkers sila lah tengok gambar-gambar kami ya..!! hahahaha 

Perlus Waterfall with love...
Photo credit to Yatt Mansur

Friday, January 20, 2012

XPDC Pine Tree Hill & Twin Peak Dalam Kenangan


Kali nie nak update entry Xpdc menawan Puncak Pine Tree Hill & Twin Peak yang telah ditawan 17&18 Disember 2011 yang lalu anjuran DMG Trekkers. Pine Tree Hill mempunyai ketinggian 4,777 kaki (1,448 meter) dan Twin Peak pula lebih kurang 1km dari puncak Pine Tree. Ketinggian yang agak setara kedua-dua puncak ini hingga puncak ini dinamakan puncak kembar (twin).

Sebelum bertolak
Sementara tunggu yang lain, posing tengah highway jap..
Sampai sudah..!!
Fraser Hill

Pendakian ke Pine Tree Hill bermula dari Rest House TNB. Kami bermula pada jam 11.00 pagi, Pine Tree Trail ditandakan dengan satu papan tanda dan turut dicatat sejarah ringkas trail ini. Trail sejauh 5km ini juga agak lebar dan terdapat beberapa pondok rehat disisi trail. 

Pine Tree Trail

Semua sibuk baca papan tanda Pine Tree Trail
Group Photo DMG Trekkers
Lagi posing...


Laluan kami kali ini agak mencabar kerana banyak pokok-pokok tumbang dan kabus agak tebal berikutan baru lepas hujan. Trek yang turun naik agak mencabar dengan bag kami yang berat tapi itu tidak menghalang kami meneruskan perjalanan. Bekas tapak babi hutan juga jelas kelihatan dan ada juga kami terdengar dari pendaki-pendaki sebelum ini yang nampak bekas tapak harimau. Syukurlah sepanjang perjalanan, kami dilindungi.

Panaskan badan dulu...
Trek macam kacang jer... hahaha,..

Selepas sejam perjalanan, pendaki akan terjumpa dengan batu sempadan negeri Selangor dan Pahang. Lebih kurang jam 1.00 tengahari kami tiba di Campsite.

Batu Sempadan Negeri Selangor - Pahang
Take five...
Pokok yang macam gua.. Org panggil  'Avatar'

Sebelum daypack ke puncak Pine Tree Hill dan Twin Peak  kami mengalas perut dan memasang khemah memandangkan cuaca agak mendung. Tepat jam 2.00 petang kami meneruskan perjalanan ke puncak Pine Tree dan sesuatu yang menarik perlu dicuba.... sebelum sampai ke puncak, kami perlu mendaki cerun tegak setinggi kira-kira 6 meter tetapi tali ada dipasang bagi memudahkan pendakian selain akar-akar kayu sebagai tempat memijak atau berpaut (jangan lupa pakai glove).

Nak gak posing... nie lagi kacang....
Giler curam kot..!!

Akhirnya selepas merentasi rintangan itu kami sampai di puncak Pine Tree.... tapi hampa, kabus yang tebal membuatkan kami tidak nampak sebarang view di puncak hanya sesi bergambar pengubat duka kami... Setengah jam di puncak Pine Tree kami teruskan perjalanan ke Twin Peak. Hanya 13 orang sahaja yang meneruskan ke puncak Twin Peak dan yang lain kembali ke Campsite. Dalam keadaan hujan akhirnya kami sampai di puncak Twin Peak dalam masa 45 minit... Kesejukkan yang teramat sangat..!! wow, sangat mengujakan pemandangan di puncak Twin Peak walaupun dalam keadaan kabus tebal... Kami hanya bergambar lebih kurang 10 minit kerana hujan semakin lebat dan cuaca hampir gelap.

Di puncak Pine Tree with my second bos!!
Group Photo
Puncak Pine Tree Hill
Giler cantik...
Di puncak Twin Peak
Twin Peak
Di puncak with my AF
Hero heroin yang berjaya menawan puncak Twin Peak

Akhirnya.... kami berjaya...!!!

Sebelum jam 7.00 malam kami semua tiba di Campsite. Hujan semakin lebat, kesejukkan yang teramat sangat... Semua pakaian kami basah.. Inilah pengalaman bercamping yang sangat menduga kami semua.. "Suatu Malam Yang Sangat Panjang" dalam hidup aku dan mungkin rakan-rakan yang lain juga.. Hujan dan angin yang sangat kuat membuatkan kami tidak dapat menyediakan makanan dan hanya mengharapkan bekalan-bekalan yang ada sahaja. Kali pertama aku terpaksa makan meggi mentah... Arghhhh.... kan baik aku duduk kat rumah sambil golek-golek atas tilam empuk dari terpaksa tidur dalam air.... (hanya itu sahaja penyesalan yang bermain dibenakku...) Bagi menghiburkan hati yang duka lara di tengah-tengah hutan itu, kami bercerita kisah-kisah silam.. Lagi sekali aku tengok jam, hurmmmmm baru pukul 9.00 malam?? aku rasa dah berbaldi-baldi kisah aku bercerita... agak-agaknya bila nak pagi nie..!! Pinggang?? jangan cakaplah macam nak patah rasanya, duduk dalam khemah untuk 2 orang tapi 5 orang mahkluk tuhan yang menumpang.. Dari jam 7.00 malam hingga 7.00 pagi, tidur dalam keadaan duduk dan lencun dengan air hujan yang masuk dalam khemah.... Arghhhhhhh... sebab tue gak lah aku tak mahu mengimbas kembali penderitaan yang daku alami... hahahahaha.... dalam sejarah juga aku menahan kencing dari 8.00 pagi (17 Dec) hingga 11.30 pagi (18 Dec) giler kan...!! tue lah, orang nak bercamping, awak pun nak bercamping tapi bajet nak selesa macam kat rumah.... Berbalik pada cerita tadi, hujan sampai ke pagi pun tak ada tanda-tanda nak berhenti... Konon-konon pukul 5.00 pagi nak balik tapi hampeh... Pukul 7.00 pagi pun masih gelap gulita.... So, kami nekad meneruskan perjalanan pulang dengan keadaan hujan tepat jam 8.00 pagi..

Lebih kurang 11.00 pagi kami sampai di kereta dan masa itu hanya tandas sahaja yang bermain dibenakku... waaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhh... giler punya tahan kencing la..... tapi apapun Xpdc Pine Tree Hill & Twin Peak sangat meninggalkan kesan manis dan pahit... Mungkinkah ku tawan lagi...??? Insyallah.. bila memory lama telah pergi jauh..jauh...jauh....

Kenangan Pine Tree Hill & Twin Peak



Monday, January 16, 2012

XPDC Gunung Rajah


Lama giler tak update blog..!! Bukan busy tapi xde mood nak taip panjang-panjang. So dah rajin nie, nak update lah gunung-gunung yang telah ku tawan dari asyik bercerita pasal cinta jer!! DMG Trekkers telah menganjurkan xpdc ke Gunung Rajah, Bentong, Pahang. Progam ini telah diadakan pada 27 November 2011 (Jumaat) hingga 28 November 2011 (Sabtu). Xpdc yang paling ramai penyertaan buat masa ini iaitu melebihi 40 orang.

Gunung Rajah mempunyai ketinggian 5,526 kaki (1,684 meter) dari aras laut. Ia merupakan jajaran banjaran titiwangsa dan terletak di Pusat Rekreasi Chamang iaitu kawasan air terjun yang popular di daerah Bentong. Flora dan fauna seperti pokok periuk kera dan orkid hutan banyak terdapat di Gunung Rajah.

Berkumpul di Dataran Bentong

Semua peserta bertolak dari Taman Samudera pada jam 9.00 malam dan melaporkan diri di Ibu Pejabat Polis (IPD) daerah Bentong. Jam menunjukkan hampir 12.00 tengah malam semua peserta selamat sampai Bentong sementara menunggu kumpulan dari Bernama dan Istana Budaya tiba. Tepat jam 2.30 pagi kami semua tiba di Pusat Rekresai Chamang.

Isi perut dulu...

Terdengar deruan air terjun yang mendamaikan dalam kepekatan malam yang kelam. Setelah memeriksa peralatan mendaki seperti head lamp, kasut dan lain-lain pendakian Gunung Rajah pun bermula. Pendakian bermula pada jam 3.00 pagi dengan mendaki bukit di belakang pejabat renjer untuk menuju ke trek balak yang luas. Dari trek balak pendaki akan melalui empangan hidro Chamang, rumah orang asli sebelum tiba di pintu masuk Gunung Rajah. Ketika melintasi perkampungan orang asli, terdapat banyak anjing yang membuat salakan kepada pendaki namun tidak mengejar pendaki.

Menyediakan sarapan pagi sebelum menerukan perjalanan

 Dari pintu masuk Gunung Rajah, pendaki akan mula melalui trek yang sempit, agak bersemak dan becak. Jam menunjukkan 5.00 pagi, kami berehat untuk tidur dan makan sementara menunggu matahari terbit. Jam 7.00 pagi kami meneruskan perjalanan dan sejam kemudian kami tiba di Cross River dan terpaksa melintasi sungai tersebut untuk menyambung pendakian. Halangan untuk melintasi sungai tersebut agak mencabar di mana pendaki perlu berjalan di atas batu besar yang licin untuk ke seberang sungai. Selepas melepasi sungai tersebut pendaki meneruskan perjalanan untuk ke Lata Naning. Walapun keletihan, semua pendaki merasa tenang dan damai mendegar deruan air terjun dan merasai kesejukan dan kesegaran air terjun di Lata Naning. Selepas berehat seketika kami meneruskan perjalanan ke Kem Hijau. Tepat jam 1.00 tengahari kami tiba di campsite dan terus memasang khemah kerana cuaca kelihatan mendung sementara menunggu pendaki yang lain tiba. Hujan menemani petang kami dan bila malam menjelma hujan semakin reda dan kami terus menyediakan makanan. Sementara menyiapkan makan malam, aktiviti kutuk mengutuk diteruskan bagi mengamatkan malam kami. Jam menunjukkan 11.00 malam, kami semua masuk tidur sebelum meneruskan pendakian ke puncak Gunung Rajah pada awal pagi.

Croos River
Lata Naning
 
Berehat di Lata Naning


Deruan air terjun Lata Naning
Campsite Kem Hijau
Jam 5.00 pagi kami memulakan perjalanan, dengan keadaan aku mengalami gastrik aku tetap mahu meneruskan misi untuk menawan puncak Rajah. Sepanjang jalan aku muntah-muntah dan nasib baik aku bawa ubat bersama. Sementara menunggu ubat tersebut memberi kesan, aku seakan-akan hampir mental..!! Arghhh... ditengah-tengah hutan aku terpisah dengan Group Pertama yang sudah jauh kedepan dan Group Ketiga yang jauh kebelakang..!! Hanya aku dan Fiqrie saja ditengah-tengah hutan tue.. !! Ku gagahkan jua kaki untuk melangkah... Niat aku untuk melihat sunrise seakan musnah..!! tidak mungkin aku sampai ke puncak sebelum jam 7.00 pagi. Setelah tiba di Kem Permatang yang masih bergelap tue, aku ingatkan sudah hampir sampai rupanya.................

 
Bergambar di Permatang Bonsai semasa perjalanan turun






Dari Kem Permatang aku akan melalui kaki Gunung Rajah dan akan berdepan dengan cabaran iaitu memanjat batu 90 darjah. Sekali lagi mental aku down..!! tapi aku bernasib baik Fiqrie tak putus-putus memberi semangat..!! thanks sayang... Tepat jam 7.20 pagi kami sampai ke Puncak Gunung Rajah.

Bersama Cik Lan
Bergambar kenangan di Puncak Rajah
Bergambar lagi...
Puncak Rajah
Akhirnya... ku tawan jua...
Jam 9.00 pagi kami mula turun semula ke campsite. Setelah mengemas barang keperluan dan khemah, kami memulakan perjalanan turun pada jam 2.00 petang  untuk kembali ke Pusat Rekreasi Chamang. Sepanjang pendakian keluar pendaki disajikan dengan permandangan yang indah iaitu deruan air terjun yang mendamaikan. Betapa besarnya kuasa yang maha esa mencipta keindahan alam ini. Aku dan Fiqrie selamat sampai ke Pusat Rekreasi Chamang pada jam 5.45 petang setelah mengharungi hujan yang lebat.

Sesungguhnya pendakian Gunung Rajah amat menguji ketahanan fizikal dan mental. Trek pendakian yang panjang serta jauh, terpaksa mengharungi sungai, membuat pendakian batu 90 darjah, mendaki pada waktu pagi yang gelap amat mencabar ketahanan semua pendaki. Hasil kerjasama dan semangat berpasukan, segala halangan ini dapat diatasi dengan selamat dan penuh komitmen. Perasaan bangga juga tersemat dihati kerana berjaya mengharungi segala cabaran dan halangan untuk menawan puncak Gunung Rajah…….

Photo credit to Shah Anas & Nonie Muhd