Thursday, March 1, 2012

Si Cinonet hawaD

Februari bulan yang penuh duka... Si cinonet hawaD demam tak kebah-kebah lebih dari 2 minggu. Klinik, hospital semua dah pegi tapi tak ada tanda-tanda sembuh pun! Batuk, selsema makin teruk, suhu badan naik mendadak akhirnya 20 Februari lalu, aku pegi semua hospital Sg Buloh. Sampai jer wad kecemasan doktor terus ambil darah dan Xray hawaD. Result dia ada jangkitan kuman pada sel darah putih dia. Doktor kata klu normal dalam bacaan 10 ke 11 jer tapi hawaD dah mencecah 21. Doktor pun minta aku tunggu untuk berjumpa pakar kanak-kanak.

Bila doktor dari pakar kanak-kanak datang, dia arahkan hawaD untuk masuk wad bagi pemantauan dan rawatan susulan. Hampir 2 hari di wad demam hawaD makin naik dan dia diberi ubat demam sahaja sebelum doktor mengenalpasti apakah punca jangkitan dia dan beri antibiotik yang sesuai. Hari-hari ambil darah, urine, xray.. Aku?? hanya tuhan jer tahu betapa risaunya aku dan sedih melihat keadaan hawa masa tue.. Banyak betul dugaan hawaD dari dalam perut lagi.. hospital bagaikan rumah kedua aku.. Bulan Januari sehari selepas hari lahir dia, hawaD admitted 3 hari di PPUM. 

Masuk antibiotik
hawaD da mula rimas..!!

Hari 3 doktor suspek hawaD mungkin kena jangkitan penyakit KAWASAKI (Penyakit Kawasaki) dalam benakku penyakit apa tue?? Motor Kawasaki aku tahu lah..!! Nak bagitahu orang pun segan.. Tak kurang dengan usikkan kawan-kawan yang mengatakan hawaD perlu naik motor tue baru akan sembuh! Yer.. mungkin mereka ingin kurangkan tekanan perasaan aku sekejap! hehehe...

Pampers KFC idea my bff untuk ambil urine

Antibiotik paling kuat doktor mula beri bagi mencegah penularan jangkitan ke saluran jantung hawaD. Arghhh.. kesiannya tengok hawaD menangis tiap kali ubat dimasukkan melalui injection.. Doktor menyatakan jika tiada tanda-tanda menurunan blood plate dia, mereka perlu membawa hawaD ke Hospital Serdang untuk scan jantung. 

Lepas makan 2 dos ubat tido (20ml)

Selepas beberapa hari doktor beri antibiotik tersebut, demam hawaD sudah kebah! tapi infection pada sel darah putih tetap naik.. Setelah beberapa rawatan diberi (nak cakap pun tak tahu! karang salah sebut pulak!) hawaD semakin sembuh.. Hanya tunggu beberapa result lagi pada doktor pakar.

Hari ketujuh, doktor mengesahkan hawaD bebas dari jangkitan dan hanya perlu buat rawatan susulan berikutan hawaD mempunyai masalah penurunan berat badan yang agak kritikal kerana kebiasaanya jika umur sesorang kanak-kanak itu mencapai setahun berat mesti melebihi 10kg tapi hawaD sudah 1 tahun 2 bulan, berat badan hanya 7.3kg.. 

7 hari di hospital amat perit bagi aku melihat penderitaan anak-anak kecil disitu. Ada yang sudah 3 bulan tidur di hospital, ulak alik ke tempat kerja dari hospital.. Bergilir-gilir menjaga anak dan juga terus mencari rezeki demi sesuap nasi. Pengorbanan ibubapa memang tiada tandingannya. Akan ku jaga zuriat ini yang diamanahkan sebaik mungkin. Alhamdullilah aku mempunyai keluarga dan sahabat-sahabat yang tidak putus-putus mendoakan dan menziarah hawaD semasa di hospital. Betapa bertuahnya aku dikelilingi insan-insan yang sangat mulia..  

my bff.. thanks afat
mummy sue, thanks jaga hawaD
Opah chu, mak long & mak ngah
thanks kak ina, arfah & double sue
mak long & pak long hawaD
thanks azie, kak na, kak mira & aliff
orang yang banyak bersusah payah demi hawaD..
hawaD da sihat..!!

No comments:

Post a Comment