Monday, January 16, 2012

XPDC Gunung Rajah


Lama giler tak update blog..!! Bukan busy tapi xde mood nak taip panjang-panjang. So dah rajin nie, nak update lah gunung-gunung yang telah ku tawan dari asyik bercerita pasal cinta jer!! DMG Trekkers telah menganjurkan xpdc ke Gunung Rajah, Bentong, Pahang. Progam ini telah diadakan pada 27 November 2011 (Jumaat) hingga 28 November 2011 (Sabtu). Xpdc yang paling ramai penyertaan buat masa ini iaitu melebihi 40 orang.

Gunung Rajah mempunyai ketinggian 5,526 kaki (1,684 meter) dari aras laut. Ia merupakan jajaran banjaran titiwangsa dan terletak di Pusat Rekreasi Chamang iaitu kawasan air terjun yang popular di daerah Bentong. Flora dan fauna seperti pokok periuk kera dan orkid hutan banyak terdapat di Gunung Rajah.

Berkumpul di Dataran Bentong

Semua peserta bertolak dari Taman Samudera pada jam 9.00 malam dan melaporkan diri di Ibu Pejabat Polis (IPD) daerah Bentong. Jam menunjukkan hampir 12.00 tengah malam semua peserta selamat sampai Bentong sementara menunggu kumpulan dari Bernama dan Istana Budaya tiba. Tepat jam 2.30 pagi kami semua tiba di Pusat Rekresai Chamang.

Isi perut dulu...

Terdengar deruan air terjun yang mendamaikan dalam kepekatan malam yang kelam. Setelah memeriksa peralatan mendaki seperti head lamp, kasut dan lain-lain pendakian Gunung Rajah pun bermula. Pendakian bermula pada jam 3.00 pagi dengan mendaki bukit di belakang pejabat renjer untuk menuju ke trek balak yang luas. Dari trek balak pendaki akan melalui empangan hidro Chamang, rumah orang asli sebelum tiba di pintu masuk Gunung Rajah. Ketika melintasi perkampungan orang asli, terdapat banyak anjing yang membuat salakan kepada pendaki namun tidak mengejar pendaki.

Menyediakan sarapan pagi sebelum menerukan perjalanan

 Dari pintu masuk Gunung Rajah, pendaki akan mula melalui trek yang sempit, agak bersemak dan becak. Jam menunjukkan 5.00 pagi, kami berehat untuk tidur dan makan sementara menunggu matahari terbit. Jam 7.00 pagi kami meneruskan perjalanan dan sejam kemudian kami tiba di Cross River dan terpaksa melintasi sungai tersebut untuk menyambung pendakian. Halangan untuk melintasi sungai tersebut agak mencabar di mana pendaki perlu berjalan di atas batu besar yang licin untuk ke seberang sungai. Selepas melepasi sungai tersebut pendaki meneruskan perjalanan untuk ke Lata Naning. Walapun keletihan, semua pendaki merasa tenang dan damai mendegar deruan air terjun dan merasai kesejukan dan kesegaran air terjun di Lata Naning. Selepas berehat seketika kami meneruskan perjalanan ke Kem Hijau. Tepat jam 1.00 tengahari kami tiba di campsite dan terus memasang khemah kerana cuaca kelihatan mendung sementara menunggu pendaki yang lain tiba. Hujan menemani petang kami dan bila malam menjelma hujan semakin reda dan kami terus menyediakan makanan. Sementara menyiapkan makan malam, aktiviti kutuk mengutuk diteruskan bagi mengamatkan malam kami. Jam menunjukkan 11.00 malam, kami semua masuk tidur sebelum meneruskan pendakian ke puncak Gunung Rajah pada awal pagi.

Croos River
Lata Naning
 
Berehat di Lata Naning


Deruan air terjun Lata Naning
Campsite Kem Hijau
Jam 5.00 pagi kami memulakan perjalanan, dengan keadaan aku mengalami gastrik aku tetap mahu meneruskan misi untuk menawan puncak Rajah. Sepanjang jalan aku muntah-muntah dan nasib baik aku bawa ubat bersama. Sementara menunggu ubat tersebut memberi kesan, aku seakan-akan hampir mental..!! Arghhh... ditengah-tengah hutan aku terpisah dengan Group Pertama yang sudah jauh kedepan dan Group Ketiga yang jauh kebelakang..!! Hanya aku dan Fiqrie saja ditengah-tengah hutan tue.. !! Ku gagahkan jua kaki untuk melangkah... Niat aku untuk melihat sunrise seakan musnah..!! tidak mungkin aku sampai ke puncak sebelum jam 7.00 pagi. Setelah tiba di Kem Permatang yang masih bergelap tue, aku ingatkan sudah hampir sampai rupanya.................

 
Bergambar di Permatang Bonsai semasa perjalanan turun






Dari Kem Permatang aku akan melalui kaki Gunung Rajah dan akan berdepan dengan cabaran iaitu memanjat batu 90 darjah. Sekali lagi mental aku down..!! tapi aku bernasib baik Fiqrie tak putus-putus memberi semangat..!! thanks sayang... Tepat jam 7.20 pagi kami sampai ke Puncak Gunung Rajah.

Bersama Cik Lan
Bergambar kenangan di Puncak Rajah
Bergambar lagi...
Puncak Rajah
Akhirnya... ku tawan jua...
Jam 9.00 pagi kami mula turun semula ke campsite. Setelah mengemas barang keperluan dan khemah, kami memulakan perjalanan turun pada jam 2.00 petang  untuk kembali ke Pusat Rekreasi Chamang. Sepanjang pendakian keluar pendaki disajikan dengan permandangan yang indah iaitu deruan air terjun yang mendamaikan. Betapa besarnya kuasa yang maha esa mencipta keindahan alam ini. Aku dan Fiqrie selamat sampai ke Pusat Rekreasi Chamang pada jam 5.45 petang setelah mengharungi hujan yang lebat.

Sesungguhnya pendakian Gunung Rajah amat menguji ketahanan fizikal dan mental. Trek pendakian yang panjang serta jauh, terpaksa mengharungi sungai, membuat pendakian batu 90 darjah, mendaki pada waktu pagi yang gelap amat mencabar ketahanan semua pendaki. Hasil kerjasama dan semangat berpasukan, segala halangan ini dapat diatasi dengan selamat dan penuh komitmen. Perasaan bangga juga tersemat dihati kerana berjaya mengharungi segala cabaran dan halangan untuk menawan puncak Gunung Rajah…….

Photo credit to Shah Anas & Nonie Muhd

No comments:

Post a Comment