Tuesday, August 23, 2011

Menziarah Pusara & Buka Puasa Phat Family


Minggu terakhir group Phat Family menganjurkan buka puasa dan tempat terakhir biasalah mesti rumah Mak Presiden aka Mak Ngah.. Jika minggu lepas ada membincangkan untuk mengadakan aktiviti menziarahi pusara arwah atok-atok, moyang dan mak lang.. akhirnya terlaksana juga walaupun dengan kehadiran yang amat mendukacitakan berikutan komitmen dengan kerjaya masing-masing. Hanya wakil dari family Mak Ngah, Acik Salmah, Ucu Lela dan Pak Andak (seorang jer wakil!) sahaja yang turut serta. Tetapi agak sedih juga kami hanya sempat pergi dua kubur sahaja pada hari itu memandangkan cuaca hujan. Bagi yang lain sama-sama kita sedekahkan yassin, semoga rohNya dicucuri rahmat..



Balik rumah terus masak-masak bagi menyediakan santapan untuk ahli-ahli berbuka puasa nanti. Lauk pilihan bonda tercinta biasalah mesti ada masak lemak ikan masin, kari daging (khas untuk Pakcik! biasalah Penang mari!!), ayam masak merah, ulam-ulaman, bubur cacar, kuih-muih dan banyak lagilah! Sorry yer abangku (baby Kak Liza) kerana tidak dapat penuhi hidangan kambing golek berikutan kambing semua menyorok di bulan Ramadhan ini!! (p/s: tunggu BBQ kat rumah Rawang nanti yer!)



Kakak aku mula la membebel bila tengok hidangan banyak giler.. bukan apa dia takut tak habis nanti sapa yang nak makan! tapi terbukti lagi nyata memang semuanya kuat makan! bila azan jer berkumandang.. licin semua!!



Lepas makan, aktiviti berborak diteruskan.. tapi kali ini agak nostalgia perbincangannya tidak seperti minggu-minggu yang lalu lebih menjurus kepada 18sx! masa nie lah mak aku keluarkan semua gambar-gambar lama, dari zaman dia kecil ke masa bercinta hingga lah keluar gambar nostalgia aku yang macam tomboy tue kan!! apa lagi, dia orang nie kalau bab kutuk-mengutuk bagi jer.. kira saham aku jatuh menjunam dengan gambar-gambar sengal tue! tak sanggup makcik nak berkongsi sama! hahaha.. (pesanan untuk cousin ku, sapa yang snap menggunakan hp anda sila delete yer dan jangan sesekali tag di FB!!)



Lepas penat dia orang membahan aku, kita orang teruskan aktiviti main bunga api untuk kanak-kanak dan mercun (perghhh! mcm tgk kat KLCC la!) tenkiu Bob (tokey bunga api) yang sudi menaja..


Sebelum balik aktiviti bergambar diteruskan! memang semuanya senggetlah sampai nak ambik gambar pun kena tolak-tolak!! dari mak bapak hinggalah la ke anak-anak, dari anak-anak hingga ke cucu-cucu (cucu paling vogue skali mestilah Afrina! tak padan ngan baby, pose mengalahkan orang tua!) Yeah! memang best.. apa kata malam raya kita berkumpul lagi untuk bakar lemang??? ader bran ker cousin2 ku???



So, terima kasih kepada family Pak Andak, Acik Salmah, Ucu Lela, Kak Badar, Kak Liza, Kak Suriana, Bob, Lalin, Abg Eno (eh! sapa lagi??) semualah.. yang sudi memeriahkan majlis berbuka puasa! Maaflah jika terpedas ker, termasin ker, termanis ker! biasalah bulan puasa, tak boleh nak rasa!!

Kepada yang terus balik kampung tue, hati-hati di jalan raya dan ingatlah orang tersayang dan kepada wife Bob selamat bersalin yer! kurangkan makan yang manis-manis tau!

Dikesempatan ini juga saya sekeluarga menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf jika ader terkasar bahasa, tersilap kata.. sesungguhnya yang baik itu datang dariNya dan yang buruk itu datang daripada kita hambaNya..

"Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin"


Majlis Buka Puasa DMG Group



19 Ogos lalu syarikat tempat aku bekerja telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa di Hotel Flamingo, Ampang. Dengan kehadiran kira-kira 150 orang staf DMG Group kami berkumpul bagi mengeratkan silaturahim. Tahun ini juga kira memang aku buka puasa kat luar jer la memandangkan mood-mood berpindah rumah so nak masak pun jadi malas!

Standard la makanan-makanan dia, kambing panggang, masakan kampung, satey dan lain-lain.. Betul juga orang cakap buat apa nak habiskan duit dengan makan kat hotel ni kan! Bayar RM65++ tapi melantak sikit jer coz aku kalau da jumpa member, baik berborak dari mengadap makanan! last2 balik umah masak meggi jer kan... Tapi disebabkan rezeki murah di bulan Ramadhan ni, makan jer la.. company bayar..



Masuk tahun nie, kira sudah dua kali company mengajurkan buka puasa di Flamingo.. kali pertama iaitu tahun 2007 yang meninggalkan memory untuk aku!! kira yang staf senior tahu la apa yang pernah terjadi.. Disebabkan mereka mengimbas kembali memori tue aku nak share sekali dengan semua.. Pada masa itu aku datang sampai hampir jam 7.00malam dan aku lihat hampir penuh ruang di meja tempahan DMG Group.. disebabkan aku nak menunjukan kemesraan aku sebagai PA Dato' yang poyo.. aku pun bersalam dengan semua orang yang ada disitu.. yang tua siap aku cium tangan lagi (kira bajet calon menantu pilihan)...



Tiba-tiba!!! member2 HQ pun tergelak sakan dekat aku! mulalah aku confius! dalam hati berkata 'dia orang nie jeles la aku nie peramahkan!! setelah habis aku tawaf semua meja, baru dia orang cakap 'Noor itu bukan staf kita lah.. staf kita area sini jer!!'.. Adoyaii aku terus toleh kat makcik-makcik yang aku cium tangan tadi, dia orang pulak gelak kat aku!! siot jer.. merah muka nak menahan malu!! Dia orang nie pun satu bukan nak cakap awal-awal kan! so ayat nak cover malu, 'ala takpe kita kan saudara sesama Islam' kataku lagi! (dalam hati rasa nak balik jer).. Tue la nak bajet baik lagi kan!



Moral of the story, lain kali berkenal-kenalan lah dengan staf-staf anak syarikat.. jangan kenal Dato' jer kan!! Berikutan peristiwa itu jugalah saya nampak agak sombong sikit.. bukan apa, takut tersalah orang lagi!! Selepas ini kalau nampak saya tak mesra, sila laporkan terus ke meja saya yer!! Ok.. da habis cerita, so tengok jer la gambar-gambar yang diambil menggunakan camera bertuah Periuk Kera aka Sarina nie!!

Thursday, August 18, 2011

Buka Puasa With KCM & Happy Birthday Buddy!!



Planning hampir seminggu untuk buka puasa bersama geng Kawan Cium Mulot (KCM), akhirnya jadi juga berikutan komitmen masing-masing yang sibuk mengalahkan PM.. Kali ini ada tambahan ahli baru En Ahmad Fiqrie (welcome to the club!) Walaupun tak kesemuanya dapat menghadirkan diri, kami tetap meneruskan planning ini. Yang lain next time jangan menguzurkan diri yer..

Kali ini aku pilih Flaming Steamboat, Danau Kota berikutan kegilaan aku pada unsur-unsur lautan (seafood) so try lah tempat baru nie.. biasa melantak kat Johnny's jer! memang banyak seafood! pergh!! ketam, udang, oysters,squid, bamboo clams dan macam-macam lagi la! tapi hurm agak kecewa dengan rasa kuah tomyam dia (dah rasa macam makan laksa penang jer!!) tapi kira berbaloi lah dengan harga dia RM26.90+ per head jer kan!



Berikutan kesibukan tugas jugalah aku celebrate awal 2 hari birthday Sue. Happy Birthday Sayang!! Perancangan awal nak celebrate sekali dengan husband dia tapi Apek terpaksa membatalkan hasrat untuk menghadirkan diri akibat berlakunya perkara yang tidak dapat dielakkan! Anyway Happy Advance Birthday Apek!



Setelah makan-makan, minum-minum, gelak-gelak, geli-geli (eh! ader ker??) dalam jam 11malam kami semua bergerak ke Downtown Cheras untuk majlis berinai.. Mak aii.. susahnya cari parking kat sana (nasib baik jawa sabah yang drive kan!! hahahaha)Tapi kecewanya sebab inai hitam yang kita orang cari takde stok plak masa tue! akhirnya Sue sorang jer berinai..



Lepas penat meronda tanpa tujuan di Downtown kami semua minum semula di Danau Kota tanpa Najib dan Sue (kena balik punch card!) Kat sana pulak Abg Tambun yang gagah perkasa muntah-muntah coz minum Nescafe susu (dia kata susu mamak tue pakai yang murah punya!!) Dalam jam 2pagi kami balik dalam kesanggapan! Apa pun thanks Sue, Kak Ina, Adik Sue, Tambun, Najib dan Fiqrie.. Next time kita lepak lagi yer!!

Monday, August 15, 2011

Berbuka Puasa With Phat Family!!

Minggu kedua Ramadhan turn rumah Acik Salmah untuk memasak untuk berbuka puasa.. Kalau minggu pertama rumah Ucu Lela (sorry Ucu tak buat story buka puasa rumah Ucu coz lupa nak snap gambar!) tapi rumah Ucu pun meriah juga sampai tuan rumah tak lalu makan dibuatnya!



Ok minggu kedua nie lagi meriah dengan kehadiran wajib family Kak Liza, Kak Badar, Ucu, Abg Eno, Bob, Pojie, Mak Ngah (mak aku la tue) dan Pak Andak.. giler gamat sungguh dibuatnya kan!!


Dengan hidangan lauk pauk yang sedap ditambah lagi dengan ayam golek (Pak Andak sponsor! kene sebut nie... untung-untung pegi rumah Mak Ngah dapat lagi!!) memang terbaek la!! sampai nasi pun tak cukup! kesian tuan rumah kena masak lagi kan!! nak buat camne, dah keturunan kuat makan kan!! Lupa pulak! terima kasih Abg Eno kerana menaja minuman dan coklat-coklat.. yang lain semua bawa perut jer kan!! hahaha....walaupun tiada hiburan nyanyian dari artis jemputan, tapi kehadiran Hawa Darisya sudah cukup menghiburkan dengan lemak suara dia yang merdu itu (sorry yer.. nak buat camne dah memang anak saya tue suka kan ketenangan! tapi jgn risau saya akan cuba membiasakan dirinya secepat mungkin!)


Makan sudah, basuh pinggan mangkuk sudah, sapu lantai sudah, mop lantai pun sudah!! apa lagi, mesyuarat Phat Family diteruskan walaupun tanpa agenda dan minit mesyuarat yang lepas, kami terus berbincang untuk aktiviti akan datang... Kata sepakat telah diambil 20 Ogos 2011 aktiviti melawat kubur arwah Atok-atok, Moyang dan Mak Lang akan dianjurkan pada jam 10pagi dan berkumpul di Sek. Men. Bukit Kuda, Klang (sila bawa bersama Yassin yer).. Majlis Buka Puasa pada hari yang sama akan diadakan dirumah Mak Ngah... (harap maklum)


Diharap lebih ramai lagi sanak saudara akan menyertai aktiviti Phat Family ini bagi merapatkan lagi hubungan sesama kita...

Apapun aktiviti seperti ini memang best apatah lagi diselang-selikan dengan citer berunsur 18sx sambil salji-salji hitam turun... (hanya mereka yang ada disana saje mengetahuinya!) Sekali lagi terima kasih Acik Salmah sekeluarga kerana sudi menerima kehadiran kami semua!!


See you all this week yer... ngeh..ngeh.. babai...

Friday, August 12, 2011

Happy Belated Birthday Mista Afat!!



Sorry Afat kerana kesibukan tugas dan 'market' yang tinggi akhir-akhir ini membuatkan aku busy dari biasa.. So, nak buat surprise birthday party pun lewat 2 hari. Actually birthday dia 9 Ogos tapi aku celebrate 11 Ogos (sorry yer Afat gar...)

Planning ngan Mek Nor & The Geng agak kelam-kabut sikit!! masing-masing semua nak cover line punya untuk keluar rumah.. Adoyaii.. patut party start kol 10.00mlm terpaksa ditunda jam 11.00mlm dengan sebab-sebab yang tak disengajakan oleh Mek Nor..

Untuk kali pertamanya aku mendengar birthday boy menyanyi sakan (tapi kebanyakkannya lagu mat indon jer dia nyanyi!! hahahaha) Tepat jam 12tengah malam, lagu happy birthday pun terpasang untuk meraikan birthday boy!! Agak merah muka Afat menahan malu agaknya...




Buat sahabatku, tiada apa yang dapat ku berikan selain sedikit hiburan bagi bersama-sama meraikan hari yang penting dalam hidupmu.. (perghhh...jiwang siot!!) Semoga persahabatan kita kekal hingga akhir hayat.. Terima kasih kerana menjadi salah seorang pendengar setia dan consultant tak bergaji aku.. Bagi mereka yang tak tahu, Afat adalah sahabat dari sekolah dulu, so kita orang memang rapat dari dulu lagi yer... Afat juga masih single (peluang masih ader untuk gadis-gadis yang kecil molek jer! coz mamat nie high taste skit!) siap buat iklan lagi untuk ko Afat!!

Terima kasih juga pada member-member yang sudi datang meraikan surprise birthday Afat dan menyumbangkan suara-suara anda... Mek Nor (tahniah kerana anda berjaya lari daripada rumah!) Mek Ros (scandal Afat!! hahahaha.. gurau jer!) Azie & tunang, Abg Nizar & Najib (coverline baek punya!) dan abang-abang JPJ...

Happy Birthday Buddy!!


Abg Nizar m'coverkan diri dari kantoi!!


Mek Nor & Mek Ros (Najib muka tengah risau!!)


Abg-abg JPJ..

Thursday, August 11, 2011

Majlis Buka Puasa Lagi!!



Semalam bersamaan 10Ramadhan aku ader jemputan Majlis Buka Puasa anjuran Royale Millennium (M) Sdn Bhd dekat Dewan Perdana Felda, Jalan Semarak. Aku with partner (Azie aka jawe boltan) pun pegi la walaupun kita orang memang tak puasa semalam..


Fuh! tengok makanan dari segi rupa memang terbaek la! tapi bila makan hampeh!! keciwa sungguh!! Rasanya RM52 per head memang tak berbaloi dengan ape yang kita orang makan! Untuk kali pertamanya aku makan sikit jer kot.. mungkin tak lapar sangat sebab kita orang dah melantak mcDonald masa lunch tadi! hahahahaha... tapi bersyukur gak la coz kemarin aku melantak meggi jer sensorang kat umah!!


Sebelum gerak balik kena la bersalam-salaman, cium-cium pipi.. sekali dapat duit raya la!! awal-awal puasa lagi da dapat duit raya.. nasib baik Adam dan Hawa pun dapat sekali.. best-best... sayang, mama tolong simpankan yer!!


Wednesday, August 10, 2011

Buka Puasa Sampai Lebam!!

Isnin lalu bersamaan 8 Ramadhan kami berbuka puasa di Hotel Quality, KL. Orang open table kan so pegi jer la.. Kamilah orang pertama sampai dan orang yang terakhir balik! memang berbaloi-baloi bayar RM68++ seorang.. Macam-macam ader tapi paling terbaek bagi tekak aku sup gear box dengan satey dia.. best!! kambing panggang pun ader tapi aku nie kan tak makan kambing tapi berpeluh gak tengok member melantak kambing!! Teh tarik dia pun terbaek!!


Majlis berbuka puasa itu diserikan lagi dengan pengacara Dee.. (Mek Nor peminat fanatik dia!!) disamping artis-artis tah dari mana yang turut menghiburkan malam kami.. dari lagu cinta ke putus cinta.. dari lagu puasa ke lagu raya!! apa pun memang happening malam tue!!


Mek Nor dan Abd Syed juga dikira bertuah malam tue kerana dia orang menang cabutan bertuah dan membawa balik hamper tajaan Adabi yang bernilai kurang dari RM10 hinggit!! (nak sponsor pun bagi la banyak skit isinya!!)


Tepat jam 10.00 malam kami pun dihalau balik!! Anyway Norly memang terbaek!! dialah penghibur kami di sana! asyik melatah jer!! penat dia kan... ape lagi, perut kenyang, hati terhibur balik rumah terus pengsan la!!





Antara lagu yang membuatkan kami terhibur malam tue...

Thursday, August 4, 2011

Airmataku Menitis Setiap Kali Mendengar....

RAPUH



detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu



PENGHUJUNG CINTAKU



Berakhir sudah pencarian cintaku
Jiwa ini tak lagi sepi
Hati ini telah ada yang miliki

Tiba diriku di penghujung mencari cinta
Diri ini tak lagi sepi
Kini aku tak sendiri

Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

Aku akan menyayangimu
Ku kan setia kepadamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

Tiba diriku di penghujung mencari cinta
Hati ini tak lagi sepi
Kini aku tak sendiri

Aku akan menyayangimu
Ku kan setia kepadamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

Aku akan menikahimu
Aku akan menjagamu
Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu

Ku kan selalu di sisimu seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu
Seumur hidupmu

Wednesday, August 3, 2011

Ramadhan Kedua

Planning awal ingat nak berbuka dekat rumah mak di Klang. Sekali dalam pukul 4petang mak call dia ader dekat Hospital Selayang melawat pak lang sakit (buah pinggang+jantung+kencing manis) memang pakejlah kiranya penyakit datang. Lepas habis kerja aku pun terus ke sana memandangkan ofis aku di Batu Caves ke Hospital Selayang tidaklah jauh mana. Pukul 5petang aku tiba dan hanya kelihatan mak, ucu, pakcu dan abg eno (cousin) yang ada disana. Keadaan pak lang amat lemah, aku sangat simpati dengan nasib dia (so kita seharusnya menjaga kesihatan dari muda lagi! luangkan masa untuk bersenam dan hentikan ubat-ubatan yang memberi kesan sampingan).

Jam menunjukkan pukul 6petang aku mengajak semua balik dan mencari tempat untuk berbuka puasa. Ucu mengajak kami berbuka di rumah kak badar (cousin aku merangkap anak pak lang yang sulung). Kereta wira abg eno pulak rosak masa tue, terpaksalah dia menolak ke tempat yang lebih selamat untuk ditinggalkan. Kiranya aku nie macam penyelamatlah!! (puji diri sendiri) Jadi kami berlima pun gerak ke Rawang menaiki kereta kesayangku. Dalam 6.30petang kami sampai di Taman Garing, Rawang dan kak badar tengah bertungku-lumus memasak dengan banyaknya (lupa plak nak ambil gambar! asyik ingat nak makan jer...)

Bila azan berkumandang jer, aku la manusia yang paling gelojoh minum.. Ye lar, da la satu hari mengalami cirit-birit yang teruk lepas tue tak bersahur pulak! mana tak jadi macam ikan pirana.. Perghh memang terbaik la asam pedas kak badar tapi tertinggal satu lauk favorite aku 'sambal tumis ikan bilis'.. (klu ader mungkin aku makan sampai pengsan!) Aku nie memang tak reti makan nasi banyak tapi aku kuat melantak lauk.. sampai nak terbaring gak la makan.. (klu mak mertua lalu pun malu nak mengaku menantu). First time makan sampai termuntah! memang memalukan sungguh!

Pukul 8.30malam kami semua bertolak balik ke Klang dengan meninggalkan kereta abg eno di wad ICU.. Perjalanan bebas toll (hingga 31 Ogos 2011) menggunakan highway LATAR (pak andak cakap ikut highway nie cepat!) amat menakutkan.. Da la gelap (nasib baik hero-hero malaya ader) ucu plak time-time nie plak nak citer pengalaman dia nampak hantu kat highway KARAK.. Memang tak boleh blah ikut highway LATAR nie, da la bapak punya jauh nak pusing balik, nasib baik toll free.. Tapi kalau tak cuba mana nak tahu kan!

Perjalanan pulang kami dari Rawang hingga Klang amat melucukan.. Bila makcik, pakcik ngan anak buah bergabung macam nak pecah perut dibuatnya.. Tak pernah aku gelak sampai nak terbabas masuk salah lorong! Gelak sampai nak terkencing.. Abg eno ko memang director terbaik dan mak, memang pelakon yang terhebat!! tahniah buat anda!! Sambil-sambil berkongsi makan coklat yang aku beli dekat Shell tadi...

Jam 10mlm kami pun sampai dirumah.. Kesian adam dan hawa terpaksa tunggu mama balik! Dapat gak la main dengan dia orang sekejap sebelum melelapkan mata... Yeah! aku tidak kesunyiaan hari ini....




Coklat yang kita share 5 orang!!

Tuesday, August 2, 2011

LOVE is CINTA




Say it ~ When u say the words ''I love u" they should carry with them the desire to show someone that u love them, not what u simply want to feel. When u say it makesure u really mean it and are willing to do anything for what that special person.

Emphatize ~ Put yourself in someone else's shoes.Rather than impose your own expexpectations or attemp to control them, to understand how they feel, where they come from, and who there are .Realize how they could also love you back just as well

Expect nothing in return ~ That doesn't mean you should allow someone to mistreat or undervalue you .It means that giving love does not guarantee receiving love. Try loving just for the sake of love.

Realize it can be lost ~ If u realize that you can lose the one you love,then you have a greater appreciation of what you have .

Never stop loving ~ Even you have hurt before you should not stop giving love.

Monday, August 1, 2011

Party Durian

Bila da tak tahu nak buat apa, last minute planning pegi dusun kat Gopeng, Perak bagi melantak durian sepuas-puasnya! Bertolak jam 10pagi dari KL ke Dusun milik Pak Buyong aka pakcik Najib Rasli (office mate aku) bersama-sama Periuk Kera, Wan Sani (driver kita orang hari tue) dan abang 'HP'. Untuk pertama kalinya aku lunch melantak durian semata-mata.. Perghh.. lama giler tak makan durian banyak macam tue!!



Selepas melantak sepuas-puasnya kita gerak balik KL dalam jam 3petang.. Siap bawak balik dalam 50 biji durian! Bau?? mak aii jangan cakaplah.. pening giler.. time tue badan da rasa panas (terlupa plak nak ikut petua orang lama, letak air dalam kulit durian tue! balik baru ingat!) sampai jer rumah sambung makan lagi kesudahannya malam tak boleh tido.. nie ader beberapa keping gambar semasa kita orang melantak durian!