Tuesday, October 25, 2011

Broga Hill

Ermm tak pernah lagi aku buat entry pasal hiking..!! apa pasal??? mungkin tak terfikir lagi masa tue..! asyik-asyik nak berjiwang jer....

Hari Ahad lepas aku planning untuk pergi Broga Hill memandangkan sudah beberapa kali memonteng kelas panjat-memanjat gunung nie..!! badan pun sudah naik dengan peha membesar! terpaksa juga ku gagahkan kaki ini melangkah dari terus dibuai mimpi yang indah....

Kami pergi berempat.. aku, ina, fiq dan mior... sebelum subuh kami terus bergerak dari Rawang ke Semenyih... Seperti yang ku jangkakan ramainya manusia atas bukit sana..!! siap ada yang bercamping lagi.. Ini kira kali ketiga aku pegi ke sana dan kali kedua kami terus panjat Gunung Tok Wan sekali tapi kali nie cukup hanya sampai ke puncak Broga memandangkan tiada apa yang menarik di Gunung Tok Wan..

Dengan ketinggian 390 meter, 1279 kaki atas aras laut, pemandangan cantik ini dapat kita daki dgn hanya 45 minit daripada Kuala Lumpur. Ianya terletak 5 minit drpd University of Nottingham kampus Semenyih. Pendakian mengambil masa 40 minit hingga satu jam. It's an easy hiking.

Berkongsi pengalaman yang menarik bersama fiq dan mior memandangkan ini kali pertama hiking dengan mereka.. ternyata memang best jika dapat berkongsi minat yang sama.. sangat-sangat enjoy dan semua masalah dapat dilupakan seketika jika kita bersama menikmati pemandangan indah ciptaanNya.

Jika sebelum nie aku selalu jer lupa nak singgah buaian pre-wedding Dato' Sheikh Muzaffar tapi kali nie dapat juga naik buaian nie...!! BEST!! tapi sebab buaian nie gak lah aku jatuh macam nangka busuk!! nasib baik takde abang-abang macho lalu kan..!! hahahaha...

Ok.. enjoy dengan beberapa keping gambar (ermmm klu nak upload semua mau lebam tengok sebab dalam sejarah aku amik gambar hiking lebih dari 200 keping..)
Tips & Info
1. Pakaian mengikut kesesuaian. Jeans not recommended. Kalau nak pakai shorts, fikir la dua tiga kali sebab sana byk lalang, takut calar balar kaki tu dan gatal-gatal.

2. Pakai kasut yg ada grip dan tak licin. Certain running shoes memang licin. Tengok tapak masing-masing.

3. Makanan : bawak roti/sandwich/chocolates/biskut/buah.

4. Bawa air yg secukupnya. 1.5litre pun sudah mencukupi.

5.Jangan makan berat-berat sebelum mendaki.

6. Kalau badan rasa mcm lemah masa mendaki, stop dulu..rehat 5 minit sambil makan coklat yg dibawa. Lepas tu InsyaAllah tenaga ada balik, boleh mendaki semula. Coklat penting semasa mendaki utk menggantikan kandungan gula dalam badan yang hilang semasa pendakian. For your energy..

Hawa Darisya Dah Pandai!!!

Sekejap jer rasanya Hawa Darisya nak masuk 10 bulan (kiranya 5 November nie genaplah 10 bulan)..

Sudah pandai panjat tangga rumah dari bawah sampai atas.. Satu pencapaian yang membanggakan di usia menjangkau 10 bulan..

Hawa sudah mula lepas tangan untuk berdiri di atas kaki sendiri tapi sangatlah kuat menangis kalau nampak orang yang jarang dia jumpa (dia bajet cun kot..!! takut orang amik dia!!) Si cinonet yang kuat makan nie masih juga tak naik-naik badan dia.. Ermm kan bagus kalau mama pun macam tue!! boleh jer makan sesuka hati tanpa memikirkan perut membuncit dan peha yang membesar..!!

Lagu favorite dia tepuk amai-amai dan katak si katak lompat.. Al-maklumlah sejak duduk ngan nenek hampir tiga bulan nie, Hawa pun di ajar dengan lagu-lagu donggeng melayu aku masa kecik-kecik lah.. Takde lagu Twinkle Twinkle Little Star, takde lagu Old Mc Donald Had A Farm, takde lagu favorite bro Adam, I Love You... Jumpa mama pun sekejap-sekejap, macam mana nak nyanyikan untuk Hawa.. Kesian dia, kalau Adam ditatang bagai minyak yang penuh tapi Hawa...

ermmm.... After this, mesti kena lebihkan masa bersama Adam dan Hawa.. No more hangout, no more aktiviti sosial dan kurangkan masa untuk hiking.. I try my best dear...

Thursday, October 20, 2011

RAGAM BERCINTA


♥ kalau bercinta, jangan berkepit macam belangkas, hantar surat berbelas-belas, SMS berbalas-balas, masa dating sebelah tandas, berpeluk-peluk dalam bas, asyik menjeling dalam kelas, minum air perghh kongsi segelas...

bila ada konflik , haa mula la nak frust, nak tunai solat pun malas, tak dapat tumpu study dalam kelas, waktu result nak keluar tahu pulak cemas, takut exam tak pass, tup tup awek sendiri kena kebas, kesian.. melepas !


♥ kepada yang masih SINGLE,
cinta ibarat kupu-kupu, makin dikejar, makin dihindar. tapi,bila kau biarkan ia terbang, ia akan menghampirimu disaat kau tak terduga. cinta mampu membahagiakanmu, tetapi sering pula ia menyakiti. cinta itu hanya istimewa apabila kau berikan cinta kepada seseorang yang layak menerimanya.

♥ kepada PLAYBOY/PLAYGIRL,
jangan katakan 'AKU CINTA PADAMU' bila kau tidak benar-benar peduli. jangan bicarakan soal cinta bila itu tidak benar-benar ada. jangan sentuh hidup seseorang bila kau hanya berniat untuk mempermainkannya. jangan menatap ke dalam mata seseorang bila kau lakukan untuk pembohongan. hal paling kejam yang dilakukan ialah membuat seseorang jatuh cinta, sedangkan kau tak berniat langsung untuk MENERIMANYA saat ia terjatuh.

♥ kepada yang PATAH HATI,
bertahan selama kau menginginkannya akan menghiris luka sedalam kau membiarkannya. persoalannya, bukan bagaimana mengatasi rasa sakit itu, tetapi apa yang boleh diambil dan dihayati sebagai pengajaran dan hikmahnya.

♥ kepada yang masih bertahan MENCINTAI SESEORANG YANG TELAH PERGI,
hal yang menyedihkan dalam hidup ialah apabila kau bertemu seseorang, lalu jatuh cinta.akhirnya menyedari bahawa dia bukanlah jodoh dan kau telah mensia-siakan masa bertahun-tahun untuk orang yang tidak layak. kalau sekarang dia tidak layak, 10 tahun dari sekarang pun dia tidak akan layak.
biarkan dia pergi, dan lupakan.

credit : hzcopypaste

Wednesday, October 19, 2011

Bila Adam sudah mengenal RM...!! Kisah aku..??


Sekejap saja masa berlalu.. Adam Darius membesar di depan mata sendiri.. Dari tahu menangis saja hinggalah sudah mengenal nilai RINGGIT MALAYSIA.. Hurm... jika anak-anak kecil diusia ini seringkali aku lihat mereka akan meminta sesuatu keinginan mereka seperti mainan dengan ibu bapa tapi agak pelik sikit dengan Adam..

Dalam sehari tak pernah lekang dari menyebut duit seribu... Asal nampak muka aku jer, tanya "Mama ada seribu tak?? Adam nak beli PSP..!!" separuh gaji mama sebulan kot..!! Selagi tak dapat abis semua orang dia nak pinjam seribu..!! Budak baru 4 tahun nak pinjam RM1,000?? agak-agak bila dia nak bayar balik?? Tunggu lagi 20 tahun?? ataupun kumpul duit raya (tue pun kalau mama tak kebas kan..!! hehehe) Kadang-kadang rasa geram jugak, apa dia ingat mama dia CEO company?? mama dia PA CEO jer kot...!!

Tiba-tiba teringat pulak Adam perli aku.. "Mama beli handbeg baru yer?? tanya Adam"...

"Ha'a handbeg baru.. cantik tak?? tanyaku"

"Cantik...!! mahal tak mama?? tanya Adam lagi.."

"Mahal..!! mama beli seratus lebih..!! jawapku lagi..."

"Owh.. takde la mahal sangat..!! banyak lagi seribu.. jawab Adam sambil berlalu pergi.."

Huh.. hampes punya anak..!! murah jer dia cakap beg aku..!! agak-agak kalau beli beg harga seribu, rumah yang baru beli pun da ble kena lelong kot..!! Dia ingat aku pergi kerja cop jer duit kat office tue?? Kalau dulu dapat pakai baju harga RM10 hinggit yang beli kat pasaraya Greatwall pun da rasa macam beli kat Pavilion kot..!!

Tapi bila sensorang tue, terkenang juga masa aku kecik-kecik dulu.. sesusah macam manapun keluarga aku, apa yang aku hajati mesti dipenuhi.. mungkin mereka tak dapat beli yang mahal tapi akan digantikan benda yang sama pada harga yang lebih murah.. pernah sekali tue aku memang nak sangat pakai satu set baju dengan mini skirt pink brand Rocky One (glemer gak zaman aku kecik) harga dia RM49.90.. Uishh kira bapak mahal la time tue.. Ma bawak duit RM65.00 jer time tue.. Kononnya dia nak beli barang dapur sikit.. Aku punya la degil dan tak faham bahasa nak jugak baju tue sambil hentak-hentak kaki meregek di pasaraya Greatwall Klang.. Akhirnya ma pasrah dengan membeli baju yang konon-kononya aku nak merasa seksi depan kawan-kawan aku..!! Lepas membayar baju terus kita orang keluar dari pasaraya tersebut tanpa ma membeli apa-apa barang dapur sebab balance duit tinggal RM15.10 jer (itu belum tolak duit tambang bas dari Kelang ke Bukit Kuda dengan tapau KFC aku lagi) Aku tahu bajet Ma lari bulan tue tapi apakan daya aku masih tidak mengerti kesusahan ibu bapa ku lagi..!!

Kalau itu antara kisah aku dengan Ma yang selalu aku ingat dan ini kisah aku dengan ayah yang agak menyentuh hatiku..

Aku anak bongsu yang paling rapat dengan ayah sehingga tidor pun dengan ayah sampai usiaku 15 tahun.. Zaman kanak-kanak aku selalu mendesak ayah membeli topi.. setiap hari dalam bulan tue aku nak ayah belikan aku topi berlainan corak dan warna (kiranya dalam sebulan tue aku ada 30 biji topi) motif?? biasa lah time tue ala-ala mau dressing cam tomboy kononnya.. ayah turutkan jua.. (sebak pulak hati nie kerana ayah sanggup tak makan nak penuhi permintaan anak dia..!!) bulan berikutnya aku tiba nak pakai sweeter yang ader hood skali dengan beg yang aku nampak kat pasaraya Greatwall tempohari.. Aku da citer dengan semua kawan-kawan aku yang aku akan nampak lebih cute kalau pakai sweeter tue lagi-lagi dengan musim hujan masa tue..!! Ayah balik jer dari kerja aku terus merengek nak pergi Klang nak beli baju tue.. Ayah memujuk aku supaya pergi hari minggu memandangkan hujan lebat.. Aku tanpa belas kasihan terus menangis untuk sehelai sweeter kuning tue.. Ayah turutkan jua, dalam hujan kami pergi Klang dengan menaiki basikal (masa nie takde kereta lagi.. kerana kami sekeluarga agak susah..) dengan jarak lebih kurang 7 kilometer dari rumah ke Klang, ayah terus mengayuh basikal.. bila sampai jer dekat pasaraya tue, aku terus mencapai sweeter tue dan pulang dengan hati yang girang.. tak sabar rasanya nak pakai depan kawan-kawan aku esok.. Ayah?? kesian dia, demam..

Ayah dan ma sentiasa turuti permintaan aku sehingga kini.. dari sehelai baju ke skuter impian.. dari sebiji skuter ke perbagai jenis kereta dan akhirnya rumah... semua dari usaha mereka bangun di waktu subuh untuk terus mencari sesuap nasi.. tapi aku?? aku hanya mampu menghabiskan masa hujung mingguku dengan mereka sahaja.. jauh disudut hati aku agak terkilan kerana belum mampu memberi sesuatu sebagaiman mereka penuhi impian aku.. hanya Adam dan Hawa teman mereka menghabiskan sisa hidup.. sepatutnya aku tak perlu susahkan mereka lagi di usia ku sekarang tapi sejujurnya aku tak mampu.. Aku tak mampu hidup tanpa MEREKA..

Kadang-kadang aku fikir banyak pergorbanan aku untuk Adam dan Hawa.. tapi aku silap.. pengorbanan ayah dan ma lebih banyak untuk aku sekeluarga.. tak mungkin aku di sini tanpa mereka! tak mungkin aku dapat memiliki semua ini tanpa mereka..!!

Walaupun kami tak sesenang mana, tapi kami punya keluarga yang sangat bahagia.. Ayah dan ma susah senang bersama, aku dan kakak tak pernah dipisahkan walaupun hidup kami susah.. Aku makan lauk serta nasi sedangkan ayah dan ma makan nasi dengan kicap jer..!! Tuhan tue mengetahui segalaNYA.. selama mana dia mahu menguji umatNya?? berkat kesabaran, mereka berjaya atasi semuanya.. mengubah nasib kami..

Ayah dan Ma, adik sangat menyayangi kalian.. adik berbangga dilahirkan dalam keluarga nie.. walaupun kita susah, tapi kita kaya dengan kasih sayang.. Aku sanggup kehilangan semua tapi bukan mereka...

Monday, October 17, 2011

Sejarah Awal Muzik K-Pop



K-pop, atau maksudnya Korean Pop (“Muzik Pop Korea”), adalah jenis musik popular yang berasal dari Korea Selatan. Banyak artis dan kelompok muzik pop Korea sudah menembus batas dalam negara. Muzik K-Pop merupakan bahagian yang tak terpisahkan dari pada Demam Korea (Korean Wave) di berbagai negara termasuk Malaysia.

Musik pop Korea pra-moderen pertama kali muncul pada tahun 1930-an akibat masuknya musik pop Jepun yang juga turut memengaruhi unsur-unsur awal musik pop di Korea. Penjajahan Jepun atas Korea juga membuat genre musik Korea tidak dapat berkembang dan hanya mengikuti perkembangan budaya pop Jepun pada saat itu. Pada tahun 1950-an dan 1960-an, pengaruh muzik pop barat mulai masuk dengan banyaknya pertunjukkan muzik yang diadakan oleh pangkalan militer Amerika Syarikar di Korea Selatan. Muzik Pop Korea awalnya terbagi menjadi genre yang berbeza-beza, pertama adalah genre “oldies” yang dipengaruhi muzik barat dan popular di era 60-an. Pada tahun 1970-an, muzik rock diperkenalkan dengan pionirnya adalah Cho Yong-pil. Genre lain yang cukup digemari adalah musik Trot yang dipengaruhi gaya muzik enka dari Jepun.

Debut penampilan kelompok Seo Taiji and Boys di tahun in 1992 menandakan awal mula musik pop moderen di Korea yang memberi warna baru dengan aliran musik rap, rock, techno Amerika. Suksesnya group Seo Taiji and Boys diikuti grup musik lain seperti Panic, dan Deux. Tren musik ini turut melahirkan banyak grup muzik dan musisi berkualitas lain hingga sekarang. Muzik pop 90-an cenderung beraliran dance dan hip hop. Sasaran utamanya adalah remaja sehingga kini muncul banyak grup “teen idol” yang sangat digilai seperti CLON, H.O.T, Sechs Kies, S.E.S, dan g.o.d, Shinhwa, Fly To The Sky, Fin.K.L, Baby Fox. Kebanyakan dari kelompok musik ini sudah bubar dan anggotanya bersolo-karier.

Di tahun 2000-an pendatang-pendatang baru berbakat mulai muncul. Aliran musik R&B serta Hip-Hop yang berkiblat ke Amerika mencetak artis-artis semacam MC Mong, 1TYM, Rain, Big Bang yang cukup sukses di Korea dan luar negeri. Beberapa artis underground seperti Drunken Tiger, Tasha (Yoon Mi-rae) juga memopulerkan warna musik kulit hitam tersebut. Muzik rock masih tetap digemari di Korea ditambah dengan kembalinya Seo Taiji yang bersolo karier menjadi musisi rock serta Yoon Do Hyun Band yang sering menyanyikan lagu-lagu tentang nasionalisme dan kecintaan terhadap negara. Muzik techno memberi nuansa moderen yang tidak hanya disukai di Korea saja, penyanyi Lee Jung-hyun dan Kim Hyun-jung bahkan mendapat pengakuan di Cina dan Jepang. Muzik balada masih tetap memiliki pendengar yang paling banyak di Korea. Muzik balada Korea umumnya dikenal dengan lirik sedih tentang percintaan, seperti yang dibawakan oleh Baek Ji Young, KCM, SG Wannabe, dan sebagainya. Muzik balada umumnya digemari karena sering dijadikan soundtrack drama-drama televisi terkenal seperti Winter Sonata, Sorry I Love You, Stairway to Heaven dan sebagainya.


Ramai artis Korea menangguk kejayaan di dunia internasional seperti BoA yang menembus Jepang dan digemari di banyak negara. Kemudian artis-artis lain seperti Rain, Se7en, Shinhwa, Ryu Shi-won, dan sebagainya berlomba-lomba untuk menaklukkan pasar musik di Jepang. Rain tercatat sebagai artis Asia pertama yang mengadakan konser internasional bertajuk RAINY DAY 2005 Tour, di Madison Square Garden.

credit: mycolorisland

Orang Ketiga..!! siapa dia??



Istilah orang ketiga banyak menghancurkan rumah tangga atau sesuatu perhubungan..!! Perlukah kita menjadi orang ketiga?? Disebabkan orang ketiga, manusia menjadi hilang pedoman, hilang keluarga, hilang arah tujuan dan sebagainya.. Sejauh mana kegembiraan kita melihat kedukaan orang lain?? tepuk dada tanya selera..

Orang ketiga adalah ketentuan Ilahi?? jodoh?? pucuk pangkal semua dari hati, kalau hati kita jujur dalam sesuatu perhubungan itu dan tak mungkin orang ketiga WUJUD...!!



Kita kena kembali ke asal, mengimbas kembali detik perkenalan bersama pasangan, melihat semula secara realitinya sebelum kita mengatakan orang ketiga adalah PENGGANTI yang terbaik untuk kita?? Cinta permainan dunia.. permainan perasaan.. CINTA itu indah hanya untuk seketika.. sementara kita leka dibawa bahtera cinta... cinta itu juga buta..!! tapi kita sebagai manusia yang celik mata dan hati perlu memikirkan logiknya perhubungan itu.. sebab cinta kita buang mak bapak, sebab cinta kita buang keluarga, sebab cinta kita buang sahabat-sahabat kita?? huh..!! ceteknya pemikiran manusia sekarang..

Jika kita menjadi orang ketiga dan tak mungkin juga kita akan merasa kembali mangsa keadaan yang sama. Bila dunia semakin akhir zaman, wanita akan lebih ramai dari lelaki dan lelaki boleh berpoligami itu bukanlah alasan yang kukuh untuk kita merosakkan perhubungan orang lain..



Cermin diri kita, hiasi peribadi kita sebelum melakukan sesuatu perkara.. Sanggupkah kita melihat kesedihan dari kaum kita sendiri?? Sedangkan kaum adam bermegah-megah dengan kehebatan yang dia ada..!! semua perempuan tergila-gilakan dia, umpama wajah dia macho macam 'Keanu Reeves'.. sedangkan yang perempuan bertarik rambut berebutkan seorang lelaki..!!

Yang lelaki sibuk rebutkan seorang perempuan sedangkan masih ramai perempuan lain di dunia nie...!! kalau tak dapat, simbah asid! tak pun bakar dan buang ke laut.. betapa murahnya nilai harga nyawa sekarang.. Ini semuanya majoriti akibat dari orang ketiga.. Tak pun yang bodoh, ambil jalan senang dengan bunuh diri..! konon-kononya dapat selesaikan masalah...

Dunia...dunia... semua pinjaman...