Monday, April 2, 2012

Review Novel ~ Andai Itu Takdirnya

Bila jiwa mula kosong, dari merayap tah ke mana-mana aku mula berjinak-jinak mengisi masa lapang yang ada dengan membaca novel. Novel pertama yang aku beli selepas menamatkan zaman remaja.

Penulis: Siti Rosmizah
Harga: RM 19.90
Halaman: 588
Penerbitan: Buku Prima Sdn. Bhd.

Itu pun selepas di suggest oleh sahabatku yang menyatakan karya novel nie akan membuatkan pembacanya menangis...!! Aku pun nak cuba kecekalan hati aku yang keras nie dengan membelinya.. Malam tue juga aku pergi Popular di Jusco Rawang.. Siap tulis Best Seller kot! Mesti kena baca nie.. Aku pun terus sign up jadi member kat Popular.. Lepas nie sure nak beli lagi novel-novel yang terhangat!
 
Sebelum itu aku siarkan sinopsis novel ~ Andai Itu Takdirnya 

"Jangan salah faham Puan Sri. Kemaafan yang diberi tidak akan sama sekali menjadikan saya lupa pada kedudukan diri saya ini. Saya tak boleh membuang pangkat itu ke tepi hanya kerana kesalahan yang pernah dibuat pada saya."

"Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah menjadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling."

Andai itu tadir-Nya, dia akan menempuhinya dengan tabah dan sabar. Apa yang penting sekarang adalah kebahagiaan anaknya, Dania. Sekurang-kurangnya, bila Aleya menutup mata, kehidupan Dania akan terbela.
"Selama aku meniti liku-liku kehidupan yang penuh dengan onak dan duri ini. aku tidak pernah pasrah dalam hidupku. Andai itu takdik-Nya sebelum menggapai bahagia aku redha. Namun sampai waktu apabila aku tidak mampu untuk bertahan lagi, hatiku lebih keras dari kerikil."

Aku ambil masa seminggu untuk habiskan membaca novel nie.. Masa-masa terluang pun bila semua kerja rumah sudah siap dan Hawa sudah lena diulit mimpi..

Ok let's start.. Karya Siti Rosmizah sememangnya tidak dapat disangkal lagi.. Dia membawa aku bersama-sama menyelami penderitaan Aleya.. Masih wujudkah lagi wanita sesuci ini, setabah ini?? Kekejaman Syed Aizril yang memperlakukan kekejaman ke atas manusia yang bergelar isteri akibat ego yang tinggi dan kesombongan dia yang hampir meragut nyawa anak dia sendiri... Air mata aku tak henti mengalir tatkala melihat kekejaman dia..!! Perlukan manusia seperti dia terus hidup di dunia ini??

Ketabahan Aleya yang inginkan anak-anak dia membesar dalam keadaan yang sempurna tatkala doktor memberitahu dia mempunyai ketumbuhan di kepala membuatkan dia kembali kepada Syed Aizril yang kononnya sudah berubah walaupun ditentang oleh sahabat baiknya, Umi... Umi tahu yang Syed Aizril tak akan berubah!

Disangkakan panas hingga ke petang, rupa-rupanya hujan ditengahari... Kebahagiaan yang dikecapi Aleya hanya sementara angkara sifat cemburu buta Syed Aizril kepada isterinya.. Keegoan Syed Aizril makin memuncak! Walaupun rasa cinta dia hanya pada Aleya tapi ego mengatasi semuanya... Aleya akur dengan kehendak suaminya yang akan bernikah dengan Lin.. Tatkala penyakit dia hampir membawa maut, dia keluar rumah besar itu dengan harapan yang musnah! Mana pergi janji-janji manis Syed Aizril yang akan menjaga dia hingga ke akhir hayat?? Tapi penghinaan yang dia dapat. Dia juga berjanji tidak akan menjejakkan kaki lagi di rumah besar ini. Ditinggalkan si kecik Dania kerana dia tahu ajal dia sudah tiba....

Masihkah ada peluang kedua untuk Syed Aizril?? Sudah sampai ke ajal Aleya?? Lin masih mahu menagih cinta  Syed Aizril...???

Novel ini sememangnya perlu di baca.. Konflik banyak berlaku.. Dapatkah Aleya mengecapi bahagia dalam hidupnya??? Atau mungkin sudah tertulis sengsara yang perlu ditempuhi.... Andai Itu Takdirnya.... dia pasrah...

Novel Andai Itu Takdirnya sememangnya berjaya membuat aku teresak-esak menangis sehingga mata bengkak.. Dari 5 bintang aku beri 5 bintang!! TERBAIK....

No comments:

Post a Comment

Post a Comment