Friday, January 20, 2012

XPDC Pine Tree Hill & Twin Peak Dalam Kenangan


Kali nie nak update entry Xpdc menawan Puncak Pine Tree Hill & Twin Peak yang telah ditawan 17&18 Disember 2011 yang lalu anjuran DMG Trekkers. Pine Tree Hill mempunyai ketinggian 4,777 kaki (1,448 meter) dan Twin Peak pula lebih kurang 1km dari puncak Pine Tree. Ketinggian yang agak setara kedua-dua puncak ini hingga puncak ini dinamakan puncak kembar (twin).

Sebelum bertolak
Sementara tunggu yang lain, posing tengah highway jap..
Sampai sudah..!!
Fraser Hill

Pendakian ke Pine Tree Hill bermula dari Rest House TNB. Kami bermula pada jam 11.00 pagi, Pine Tree Trail ditandakan dengan satu papan tanda dan turut dicatat sejarah ringkas trail ini. Trail sejauh 5km ini juga agak lebar dan terdapat beberapa pondok rehat disisi trail. 

Pine Tree Trail

Semua sibuk baca papan tanda Pine Tree Trail
Group Photo DMG Trekkers
Lagi posing...


Laluan kami kali ini agak mencabar kerana banyak pokok-pokok tumbang dan kabus agak tebal berikutan baru lepas hujan. Trek yang turun naik agak mencabar dengan bag kami yang berat tapi itu tidak menghalang kami meneruskan perjalanan. Bekas tapak babi hutan juga jelas kelihatan dan ada juga kami terdengar dari pendaki-pendaki sebelum ini yang nampak bekas tapak harimau. Syukurlah sepanjang perjalanan, kami dilindungi.

Panaskan badan dulu...
Trek macam kacang jer... hahaha,..

Selepas sejam perjalanan, pendaki akan terjumpa dengan batu sempadan negeri Selangor dan Pahang. Lebih kurang jam 1.00 tengahari kami tiba di Campsite.

Batu Sempadan Negeri Selangor - Pahang
Take five...
Pokok yang macam gua.. Org panggil  'Avatar'

Sebelum daypack ke puncak Pine Tree Hill dan Twin Peak  kami mengalas perut dan memasang khemah memandangkan cuaca agak mendung. Tepat jam 2.00 petang kami meneruskan perjalanan ke puncak Pine Tree dan sesuatu yang menarik perlu dicuba.... sebelum sampai ke puncak, kami perlu mendaki cerun tegak setinggi kira-kira 6 meter tetapi tali ada dipasang bagi memudahkan pendakian selain akar-akar kayu sebagai tempat memijak atau berpaut (jangan lupa pakai glove).

Nak gak posing... nie lagi kacang....
Giler curam kot..!!

Akhirnya selepas merentasi rintangan itu kami sampai di puncak Pine Tree.... tapi hampa, kabus yang tebal membuatkan kami tidak nampak sebarang view di puncak hanya sesi bergambar pengubat duka kami... Setengah jam di puncak Pine Tree kami teruskan perjalanan ke Twin Peak. Hanya 13 orang sahaja yang meneruskan ke puncak Twin Peak dan yang lain kembali ke Campsite. Dalam keadaan hujan akhirnya kami sampai di puncak Twin Peak dalam masa 45 minit... Kesejukkan yang teramat sangat..!! wow, sangat mengujakan pemandangan di puncak Twin Peak walaupun dalam keadaan kabus tebal... Kami hanya bergambar lebih kurang 10 minit kerana hujan semakin lebat dan cuaca hampir gelap.

Di puncak Pine Tree with my second bos!!
Group Photo
Puncak Pine Tree Hill
Giler cantik...
Di puncak Twin Peak
Twin Peak
Di puncak with my AF
Hero heroin yang berjaya menawan puncak Twin Peak

Akhirnya.... kami berjaya...!!!

Sebelum jam 7.00 malam kami semua tiba di Campsite. Hujan semakin lebat, kesejukkan yang teramat sangat... Semua pakaian kami basah.. Inilah pengalaman bercamping yang sangat menduga kami semua.. "Suatu Malam Yang Sangat Panjang" dalam hidup aku dan mungkin rakan-rakan yang lain juga.. Hujan dan angin yang sangat kuat membuatkan kami tidak dapat menyediakan makanan dan hanya mengharapkan bekalan-bekalan yang ada sahaja. Kali pertama aku terpaksa makan meggi mentah... Arghhhh.... kan baik aku duduk kat rumah sambil golek-golek atas tilam empuk dari terpaksa tidur dalam air.... (hanya itu sahaja penyesalan yang bermain dibenakku...) Bagi menghiburkan hati yang duka lara di tengah-tengah hutan itu, kami bercerita kisah-kisah silam.. Lagi sekali aku tengok jam, hurmmmmm baru pukul 9.00 malam?? aku rasa dah berbaldi-baldi kisah aku bercerita... agak-agaknya bila nak pagi nie..!! Pinggang?? jangan cakaplah macam nak patah rasanya, duduk dalam khemah untuk 2 orang tapi 5 orang mahkluk tuhan yang menumpang.. Dari jam 7.00 malam hingga 7.00 pagi, tidur dalam keadaan duduk dan lencun dengan air hujan yang masuk dalam khemah.... Arghhhhhhh... sebab tue gak lah aku tak mahu mengimbas kembali penderitaan yang daku alami... hahahahaha.... dalam sejarah juga aku menahan kencing dari 8.00 pagi (17 Dec) hingga 11.30 pagi (18 Dec) giler kan...!! tue lah, orang nak bercamping, awak pun nak bercamping tapi bajet nak selesa macam kat rumah.... Berbalik pada cerita tadi, hujan sampai ke pagi pun tak ada tanda-tanda nak berhenti... Konon-konon pukul 5.00 pagi nak balik tapi hampeh... Pukul 7.00 pagi pun masih gelap gulita.... So, kami nekad meneruskan perjalanan pulang dengan keadaan hujan tepat jam 8.00 pagi..

Lebih kurang 11.00 pagi kami sampai di kereta dan masa itu hanya tandas sahaja yang bermain dibenakku... waaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhh... giler punya tahan kencing la..... tapi apapun Xpdc Pine Tree Hill & Twin Peak sangat meninggalkan kesan manis dan pahit... Mungkinkah ku tawan lagi...??? Insyallah.. bila memory lama telah pergi jauh..jauh...jauh....

Kenangan Pine Tree Hill & Twin Peak



No comments:

Post a Comment