Thursday, March 22, 2012

Akhirnya... Aku bergelar cucu yatim piatu!!


Innalillahiwainnailaihirojiun...

Jam menunjukkan kan 11.29 pagi handphone aku berdering dan terpampang panggilan dari Ma, lantas segera aku menjawab.. Suara ma yang sedih bercampur kelam kabut itu lagi mengusarkan aku.. 

"Adik cepat balik, Mak Wo (panggilan untuk nenek aku) dah meninggal, suara sedu Ma masih teringa-gia dibenakku". Lalu panggilan diputuskan.

Aku tergamam sekejap..!! lalu aku membuka FB dan sepupu-sepupuku telah update status tentang pemergiaan Mak Wo.

Semasa aku dalam kecemasan ini aku masih terikat dengan urusan duniawi. Perlu menghabiskan kerja sebelum berkejar balik. Perasaan kesal hingga hari ini masih berbuku lagi tatkala aku tidak dapat menatap dan mencium wajah Mak Wo untuk kali terakhir. Bukan kehendak aku tapi... susah nak tafsirkan pemikiran serta tanggapan manusia dan ayat yang lebih sesuai dia belum kena batang hidung dia sendiri..!

Selepas bergegas ambil Hawa di Selayang aku terus bergegas balik ke Rawang untuk ambil keperluan sebelum pulang ke Klang. Lebih kurang jam 5.15 petang aku sampai dan terus ke pusara. Semua ahli keluarga, sanak saudara sudah memenuhi ruang pusara. Selepas urusan pengkebumian kami terus masak apa yang patut bagi dihantar ke masjid untuk majlis tahlil arwah.

DariNya kita datang, kepadaNya kita kembali Nah binti Idris kembali kerahmatullah pada 20 Mac 2012 jam 11.15 pagi akibat sakit tua.

Sememangnya aku akan terus merindui arwah Mak Wo terutama air tangan dia.. Dialah chef terbaik pernah aku jumpa, tiada tandingan..! Sambal tumis, assam pedas, roti canai... Arghhh tiada siapa dapat mengantikan masakan penuh kasih sayang itu.. 

Dia jugalah mengajar aku menjadi seorang pembersih terutama bab lantai rumah, janganlah sesekali membiarkan lantai melekit, rumah berhabuk dan paling penting bab-bak lipat baju nie.. Dia sangat-sangat teliti..

Walaupun dia seorang mak, nenek yang tersangat garang dalam mendidik anak-anak dan cucu-cucu dia, tetapi dia mempunyai hati yang baik cuma mungkin dia tidak tahu cara untuk meluahkan kasih sayang itu. 

Perginya Mak Wo, lengkaplah aku kehilangan kedua-dua nenek dan atuk. Hilanglah sudah tempat bermanja tatkala teringatnya zaman-zaman kecilku berkumpul di rumah Mak Wo menjelang hari raya untuk bermain bunga api, bergotong-royong mencabut rumput, mandi perigi dan apabila sudah dewasa kini masing-masing ada haluan hidup sendiri dan kami makin jauh..... 

Kebahagian di dunia hanyalah pinjaman, tetapi kebahagian yang kekal di akhirat sana. Cukup sudah ker amalan kita di dunia ini sebagai bekalan di akhirat nanti..?? Persoalan aku untuk diri sendiri.. Aku mahu kebahagian dunia dan akhirat. Aku mahu bersama-sama merasai kebahagiaan itu dengan insan-insan yang aku sayangi. Jauh disudut hati aku terasa keinsafan dalam diri bila melihat kematian... Kita juga akan ke situ jua satu hari nanti......

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..

Al-Fatihah.....

Saat-saat arwah bersemadi
Penghormatan terakhir


No comments:

Post a Comment