Walaupun agak terlambat, aku tetap nak buat entry pasal Gunung Nuang nie. Gunung Nuang yang terletak di Hulu Langat. Mempunyai ketinggian 1,493 meter (4898ft dari aras laut) dan gunung yang tertinggi di Negeri Selangor. Sempadan puncak negeri Pahang dan Selangor.
Niat hati memang tak akan panjat lagi gunung Nuang kerana mengingatkan kembali nostalgia perit semasa menawan puncak Nuang 12 tahun yang lalu. Sumpah susah nak panjat!! tak tipu...!!
Ketika itu aku baru berusia 15 tahun dan itulah pertama kali aku kena gigit pacat dan disebabkan seekor pacat tue lah yang buat aku sangat benci dan berani memicit binatang itu..!! benci..benci.. suka-suka jer hisap darah aku kan..!! kira balas dendam la sebab dia dah meninggalkan parut di kaki gebu aku masa tue... sampai sekarang pacat pun tak mau gigit aku lagi..!! Gunung Nuang juga untuk kali pertamanya aku bercamping, memasak, minum air sungai.. kiranya belajar kesusahan di dalam hutan la.. sangat tak sesuai dengan personaliti aku masa tue yang konon-konon pengeli dengan tanah-tanah nie dan bajet cun dengan lepak kat shopping complex jer.. tapi apakan daya kami semua dipaksa menyertai aktiviti yang dianjurkan oleh Club Taekwondo... Suasana flora dan fauna gunung Nuang 12 tahun lepas memang tidak ketara perbezaannya cuma yang masih segar diingatan rumah orang asli disitu yang tak berubah-ubah.. Kem Lolo yang banyak kenangan..hehehehe... tapi memikirkan mendaki jam 3.00 pagi dari kem Lolo ke puncak Nuang amat memeritkan!! dengan keadaan lecak, kabus dan trek yang mencanak membuatkan aku bersumpah tak akan sampai situ lagi..!!
Tapi itu cerita 12 tahun yang lalu so sekarang nak hiking santai-santai jer jadi join lah Geng Gunung DMG untuk panjat gunung Nuang.. Cadangan awalnya ingat nak hiking sampai kem Lolo jer memandangkan keperitan menawan puncak Nuang dulu.. tapi..... sampai jer sana aku tercabar!! Kitaorang deal dengan Nasir dan Shah untuk sampai ke puncak sebelum pukul 1.00 tengahari.
Ok, let start our journey. start mendaki gunung Nuang pukul 8.30 pagi. Estimate sampai check point pertama iaitu kem Lolo lebih kurang 2 jam. Semangat punya pasal aku, Nasir dengan Shah buat 1 jam 30 minit aje meninggalkan 11 orang peserta yang lain.. power tak power lah kitorang masa tu...hehehe. Kem Lolo nie, memang sesuai untuk camping dan ada air terjun yang sangat best dan sejuk. bajet masa tu nak mandi-mandi lepas panjat gunung so kitaorang meneruskan perjalanan..
So next check point kat kem Pacat. Jarak perjalanan dari kem Lolo ke kem Pacat nie ambik masa 2 jam kalo tak silap aku. Masa nie aku dah start pancit, dengan keadaan aku yang datang bulan pulak masa tue memang sangat terseksa jiwa raga!! so aku mintak rehat 10 minit. Dia punya curam, boleh dikatakan dalam julat 80-90 degree....dah lah xde tali. Tapi ketahanan mental sangat penting semasa hiking..!! aku motivated diri aku untuk teruskan juga memandangkan aku perlu sampai puncak sebelum jam 1.00 tengahari.
Meneruskan perjalanan yang sejuk dan nyaman menuju ke check point terakhir iaitu puncak tipu atau nama sebenarnya Puncak Pengasih sebelum sampai ke puncak sebenar lagi sekali amat mencabar dengan trek yang semakin mencanak, dengan trek yang nak bagi kaki lumpuh dan lecak menyukarkan perjalanan kami.. Walaupun penat kami bertiga tetap meneruskan perjalanan tanpa henti.. masa nie aku lihat Shah sudah mula pancit dan aku juga makin tertekan sehinggakan ingin berhenti hingga puncak pengasih jer.. tapi semangat Nasir membuatkan aku meneruskan perjalanan.. Mental juga aku masa nie.. (time-time nie lah terpikir baik tido kat umah sambil menikmati aircond dan hidangan enak-enak yang di masak oleh ma tanpa bersusah payah memerah keringat dan menahan kelaparan..!!)
Perut makin berbunyi-bunyi menandakan aku sudah lapar!! dan benda yang paling bodoh pernah aku buat tinggalkan makanan di beg orang lain.. (konon-konon tak mau bawak beban.. sumpah serik!!) dan masa tue dia orang hanya menunggu di kem Lolo jer.. jadi bekalan makanan aku tertinggal di bawah..!! arghhh... Nasir hanya bawa bekalan untuk diri sendiri jer masa tue..!! Shah juga tertinggal bekalan makanan di bawah.. aku hanya melapik perut dengan berkongsi coklat snikers dengan Shah...
Kira-kira jam 1.30 tengahari kami bertiga sampai ke puncak Nuang.. Argghhh... rasa nak menjerit masa tue... Akhirnya, ku tawan lagi puncak Nuang setelah bergelar mak orang... Nasib aku tersangatlah baik bila ader group lain offerkan makanan mereka kat aku kan.. Ya Allah, masa tue tuhan jer tahu betapa perit dan terseksanya aku... Dah macam orang Somalia yang kelaparan masa tue..!! bekalan air pun dah tinggal sikit untuk simpanan masa turun nanti.. setelah makan aku merehatkan diri sekejap sambil memikirkan azab untuk turun nanti...
Jam 2.45 petang kami mula turun memandangkan cuaca yang agak mendung dan kami perlu sampai bawah sebelum matahari terbenam..
Shah masa nie berlari sambil turun, Nasir setia menemankan aku yang mengalami kekejangan kaki sekejap.. Selepas kem Pacat kami mula berlari bersama bagi mengejar masa untuk bermain air di kem Lolo... walaupun sebenarnya aku hampir nak pengsan.. ku gagahkan jua kaki ini melangkah.. cuaca semakin mendung dan petir semakin kuat dan kami perlu berlari sepantas kilat supaya tidak terkandas (sangat pandai, pergi hiking melenggang tanpa bawak torchlight mahupun first aid kit..) sampai jer di pintu masuk hutan lipur gunung Nuang, hujan makin lebat dan kami selamat sampai sebelum maghrib...
Kaki ku.... sumpah kejang... akhirnya balik dari Nuang aku terus pegi klinik untuk ambil injection...!! (tapi esoknya boleh sambung hiking kat shopping complex plak..!!) Kiranya perjalanan aku sampai ke puncak memakan masa 6 jam (kebiasaannya 8 jam) dan turun memakan masa 5 jam.. aku semakin berbangga dengan stamina aku sekarang walaupun kadang-kadang agak semput jugak...!!
*** Al-Fatihah kepada mangsa tanah runtuh di Hulu Langat yang mana tragedi itu berlaku semasa aktiviti hiking kami ke Gunung Nuang dan kami berada di tempat kejadian semasa itu..
No comments:
Post a Comment