Friday, February 3, 2012

Congratz Buddies


Rombongan Cik Noor minggu lepas bersamaan 28 Januari 2012 kami merentasi Hutan Melintang dan Batu Gajah untuk bersama-sama berkongsi kegembiraan sahabat kami yang bernikah. Our  journey disertai 9 orang anak-anak gadis dan seorang jejaka merangkap photographer  kami hari itu.. nak sebut nama sikit la… Zura, Amy gersang, Ain, Marl, Mirza, Nurin, HawaD dan my AF for sure…

Sebelum bertolak posing dulu....

Tepat jam 9.00pagi semua berkumpul di Hentian Rawang untuk beli-beli sandwich lar.. snap-snap picture la… Perjalanan diteruskan lebih kurang 9.30pagi.. On the way pergi Batu Gajah aku teringin nak singgah Kellies Castle so kami sepakat untuk berhenti sekejap memandang masih awal lagi masa untuk makan nasi minyak.

Kellies Castle

For first time menjejakkan kami disini rupa-rupanya nak masuk kena bayar RM4.00 seorang untuk dewasa. Empat hinggit kau.. semata-mata nak amik gambar.. hahahaha….


Apa yang menarik?? Hurmm biasa-biasa jer.. tak ubah seperti melawat rumah terbengkalai jer… kami tidak naik menerokai hingga ke atas pun memandangkan semua tak mahu berpeluh sebelum sampai ke majlis perkahwinan Puan Shima. Berposing apa yang patut dan kami segera kembali ke kereta untuk meneruskan perjalanan. Apa yang ble aku rumuskan untuk perjalanan ke Batu Gajah nie, kami belajar untuk ‘U’ turn… tah berapa kali main-main ‘U’ turn pun aku tak terkira.. hahahaha..

sweet memory Kellies Castle with buddies

Lebih kurang jam 12.00tengahari kami tiba di rumah Shima yang juga merupakan rakan sekelas kami.. Kawin juga Shima!! Dapat abang askar..!! kau ader Zura??? Hahaha… Masa kami sampai Shima masih tengah bersolek lagi tapi dia punya pelamin memang “AWESOME”.. tanpa segan silu kami terus naik pelamin Shima untuk bergambar.. wah..!! lama giler tak naik pelamin… bila agaknya nak rasa lagi..?? (statement gatal).


Lepas makan-makan nasi minyak yang terbaik tue aku perlu bergegas ke Hutan Melintang untuk majlis perkahwinan Shah Anas pula, nanti majuk pulak member gunung sorang nie kan..!! Kami meneruskan perjalanan dari Batu Gajah ke Hutan Melintang yang memakan masa 2jam.. 

Congratz Shah Anas

Yeah.. nasib baik bawak GPS kan.. kalau tak, tah mana kami pergi.. Tepat jam 3.00petang aku tiba di rumah mertua Anas. Walaupun agak terlambat, kami sempat juga bergambar dengan pengantin.. Anas nampak macho lagi gagah perkasa dengan baju pengantin tue (selalu jumpa pakai treksuit ngan t-shirt jer kan..!!) dan sepadan dengan pengantin perempuan yang sangat cantik lagi manis.. Congratz Anas.. Semoga kekal hingga akhir hayat…


Buat Shima ketua gangster RZ satu masa dulu, hahahaha.... semoga menjadi isteri dan ibu yang solehan lagi mithali.. Semoga perkahwinan ini kekal hingga hujung nyawa… pada kawan-kawanku diatas jangan lupa esok rombongan ke Birthday Party & Baby Shower anak Faye yer… 

Congratz Shima

No comments:

Post a Comment