Friday, February 3, 2012

Pergi Tak Kembali

Abah & Mak membawa cinta hingga akhir hayat

Yang hidup akan mati jua.. Sehebat mana pun kita pada DIA juga kita kembali.. Hanya amalan dan amal jariah menjadi ukurun dimana tempat kita di akhirat kelak. Tepat jam 6.18pagi bersamaan 1 Februari 2012 abah Ahmad Shafie bin Abdul Halid @ Imam Halid pergi jua akibat penyakit stoke yang dialami beberapa hari sebelum itu. Walaupun hanya 5 tahun aku sempat menjadi anaknya, jasa arwah abah tetap ku kenang hingga akhir hayat. Cuma agak terkilan dihati ku kerana tidak dapat mengucup dahi abah untuk kali terakhir.

Berkongsi kasih sayang, cerita dan pengalaman membuat aku semakin matang mengharungi hidup. Setiap bait-bait kata arwah abah untuk kali terakhir aku bertemu, sentiasa terngiang-ngian dimindaku. Arwah abah yang sangat kuat ikatan kekeluargaannya dan sangat tabah menempuh hari-hari hidupnya. Kita hanya mampu merancang tapi DIA yang menentukanNya. Disaat hari semakin tiba untuk dia menjejakkan kaki di tanah suci, akhirnya kami semua akur dengan ketentuan Ilahi. Sesungguhnya Allah SWT lebih menyayangi beliau..

Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah…

No comments:

Post a Comment