19 Ogos lalu syarikat tempat aku bekerja telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa di Hotel Flamingo, Ampang. Dengan kehadiran kira-kira 150 orang staf DMG Group kami berkumpul bagi mengeratkan silaturahim. Tahun ini juga kira memang aku buka puasa kat luar jer la memandangkan mood-mood berpindah rumah so nak masak pun jadi malas!
Standard la makanan-makanan dia, kambing panggang, masakan kampung, satey dan lain-lain.. Betul juga orang cakap buat apa nak habiskan duit dengan makan kat hotel ni kan! Bayar RM65++ tapi melantak sikit jer coz aku kalau da jumpa member, baik berborak dari mengadap makanan! last2 balik umah masak meggi jer kan... Tapi disebabkan rezeki murah di bulan Ramadhan ni, makan jer la.. company bayar..
Masuk tahun nie, kira sudah dua kali company mengajurkan buka puasa di Flamingo.. kali pertama iaitu tahun 2007 yang meninggalkan memory untuk aku!! kira yang staf senior tahu la apa yang pernah terjadi.. Disebabkan mereka mengimbas kembali memori tue aku nak share sekali dengan semua.. Pada masa itu aku datang sampai hampir jam 7.00malam dan aku lihat hampir penuh ruang di meja tempahan DMG Group.. disebabkan aku nak menunjukan kemesraan aku sebagai PA Dato' yang poyo.. aku pun bersalam dengan semua orang yang ada disitu.. yang tua siap aku cium tangan lagi (kira bajet calon menantu pilihan)...
Tiba-tiba!!! member2 HQ pun tergelak sakan dekat aku! mulalah aku confius! dalam hati berkata 'dia orang nie jeles la aku nie peramahkan!! setelah habis aku tawaf semua meja, baru dia orang cakap 'Noor itu bukan staf kita lah.. staf kita area sini jer!!'.. Adoyaii aku terus toleh kat makcik-makcik yang aku cium tangan tadi, dia orang pulak gelak kat aku!! siot jer.. merah muka nak menahan malu!! Dia orang nie pun satu bukan nak cakap awal-awal kan! so ayat nak cover malu, 'ala takpe kita kan saudara sesama Islam' kataku lagi! (dalam hati rasa nak balik jer).. Tue la nak bajet baik lagi kan!
Moral of the story, lain kali berkenal-kenalan lah dengan staf-staf anak syarikat.. jangan kenal Dato' jer kan!! Berikutan peristiwa itu jugalah saya nampak agak sombong sikit.. bukan apa, takut tersalah orang lagi!! Selepas ini kalau nampak saya tak mesra, sila laporkan terus ke meja saya yer!! Ok.. da habis cerita, so tengok jer la gambar-gambar yang diambil menggunakan camera bertuah Periuk Kera aka Sarina nie!!
hahahaha...lawak lawak lawak....
ReplyDeletehahahahaha......sib baik x trsalam tukang masak n waiters y jge kt c2..klu x da trus dpt kje c2 resign dr DMG hhehehehehe..
ReplyDeletepape pn TERBAIKKKKK!!!!
hahahahaha................malu..malu!!
ReplyDelete