Tuesday, August 23, 2011

Menziarah Pusara & Buka Puasa Phat Family


Minggu terakhir group Phat Family menganjurkan buka puasa dan tempat terakhir biasalah mesti rumah Mak Presiden aka Mak Ngah.. Jika minggu lepas ada membincangkan untuk mengadakan aktiviti menziarahi pusara arwah atok-atok, moyang dan mak lang.. akhirnya terlaksana juga walaupun dengan kehadiran yang amat mendukacitakan berikutan komitmen dengan kerjaya masing-masing. Hanya wakil dari family Mak Ngah, Acik Salmah, Ucu Lela dan Pak Andak (seorang jer wakil!) sahaja yang turut serta. Tetapi agak sedih juga kami hanya sempat pergi dua kubur sahaja pada hari itu memandangkan cuaca hujan. Bagi yang lain sama-sama kita sedekahkan yassin, semoga rohNya dicucuri rahmat..



Balik rumah terus masak-masak bagi menyediakan santapan untuk ahli-ahli berbuka puasa nanti. Lauk pilihan bonda tercinta biasalah mesti ada masak lemak ikan masin, kari daging (khas untuk Pakcik! biasalah Penang mari!!), ayam masak merah, ulam-ulaman, bubur cacar, kuih-muih dan banyak lagilah! Sorry yer abangku (baby Kak Liza) kerana tidak dapat penuhi hidangan kambing golek berikutan kambing semua menyorok di bulan Ramadhan ini!! (p/s: tunggu BBQ kat rumah Rawang nanti yer!)



Kakak aku mula la membebel bila tengok hidangan banyak giler.. bukan apa dia takut tak habis nanti sapa yang nak makan! tapi terbukti lagi nyata memang semuanya kuat makan! bila azan jer berkumandang.. licin semua!!



Lepas makan, aktiviti berborak diteruskan.. tapi kali ini agak nostalgia perbincangannya tidak seperti minggu-minggu yang lalu lebih menjurus kepada 18sx! masa nie lah mak aku keluarkan semua gambar-gambar lama, dari zaman dia kecil ke masa bercinta hingga lah keluar gambar nostalgia aku yang macam tomboy tue kan!! apa lagi, dia orang nie kalau bab kutuk-mengutuk bagi jer.. kira saham aku jatuh menjunam dengan gambar-gambar sengal tue! tak sanggup makcik nak berkongsi sama! hahaha.. (pesanan untuk cousin ku, sapa yang snap menggunakan hp anda sila delete yer dan jangan sesekali tag di FB!!)



Lepas penat dia orang membahan aku, kita orang teruskan aktiviti main bunga api untuk kanak-kanak dan mercun (perghhh! mcm tgk kat KLCC la!) tenkiu Bob (tokey bunga api) yang sudi menaja..


Sebelum balik aktiviti bergambar diteruskan! memang semuanya senggetlah sampai nak ambik gambar pun kena tolak-tolak!! dari mak bapak hinggalah la ke anak-anak, dari anak-anak hingga ke cucu-cucu (cucu paling vogue skali mestilah Afrina! tak padan ngan baby, pose mengalahkan orang tua!) Yeah! memang best.. apa kata malam raya kita berkumpul lagi untuk bakar lemang??? ader bran ker cousin2 ku???



So, terima kasih kepada family Pak Andak, Acik Salmah, Ucu Lela, Kak Badar, Kak Liza, Kak Suriana, Bob, Lalin, Abg Eno (eh! sapa lagi??) semualah.. yang sudi memeriahkan majlis berbuka puasa! Maaflah jika terpedas ker, termasin ker, termanis ker! biasalah bulan puasa, tak boleh nak rasa!!

Kepada yang terus balik kampung tue, hati-hati di jalan raya dan ingatlah orang tersayang dan kepada wife Bob selamat bersalin yer! kurangkan makan yang manis-manis tau!

Dikesempatan ini juga saya sekeluarga menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf jika ader terkasar bahasa, tersilap kata.. sesungguhnya yang baik itu datang dariNya dan yang buruk itu datang daripada kita hambaNya..

"Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin"


3 comments:

  1. pic sume hampehhh...gelap gulita...guna camera cap ayam ke ape.....

    ReplyDelete
  2. hahha. kak adek. oklah tu kami ada hantaq wakil. drp tk ada langsung! ;p

    ReplyDelete
  3. hahahaha.. nie mesti abgku yg complaint psl camera!! mahal nie camera nie tau!!

    nanie : anta la wakil ramai skit syg!! hahaha :p

    ReplyDelete