Wednesday, August 3, 2011

Ramadhan Kedua

Planning awal ingat nak berbuka dekat rumah mak di Klang. Sekali dalam pukul 4petang mak call dia ader dekat Hospital Selayang melawat pak lang sakit (buah pinggang+jantung+kencing manis) memang pakejlah kiranya penyakit datang. Lepas habis kerja aku pun terus ke sana memandangkan ofis aku di Batu Caves ke Hospital Selayang tidaklah jauh mana. Pukul 5petang aku tiba dan hanya kelihatan mak, ucu, pakcu dan abg eno (cousin) yang ada disana. Keadaan pak lang amat lemah, aku sangat simpati dengan nasib dia (so kita seharusnya menjaga kesihatan dari muda lagi! luangkan masa untuk bersenam dan hentikan ubat-ubatan yang memberi kesan sampingan).

Jam menunjukkan pukul 6petang aku mengajak semua balik dan mencari tempat untuk berbuka puasa. Ucu mengajak kami berbuka di rumah kak badar (cousin aku merangkap anak pak lang yang sulung). Kereta wira abg eno pulak rosak masa tue, terpaksalah dia menolak ke tempat yang lebih selamat untuk ditinggalkan. Kiranya aku nie macam penyelamatlah!! (puji diri sendiri) Jadi kami berlima pun gerak ke Rawang menaiki kereta kesayangku. Dalam 6.30petang kami sampai di Taman Garing, Rawang dan kak badar tengah bertungku-lumus memasak dengan banyaknya (lupa plak nak ambil gambar! asyik ingat nak makan jer...)

Bila azan berkumandang jer, aku la manusia yang paling gelojoh minum.. Ye lar, da la satu hari mengalami cirit-birit yang teruk lepas tue tak bersahur pulak! mana tak jadi macam ikan pirana.. Perghh memang terbaik la asam pedas kak badar tapi tertinggal satu lauk favorite aku 'sambal tumis ikan bilis'.. (klu ader mungkin aku makan sampai pengsan!) Aku nie memang tak reti makan nasi banyak tapi aku kuat melantak lauk.. sampai nak terbaring gak la makan.. (klu mak mertua lalu pun malu nak mengaku menantu). First time makan sampai termuntah! memang memalukan sungguh!

Pukul 8.30malam kami semua bertolak balik ke Klang dengan meninggalkan kereta abg eno di wad ICU.. Perjalanan bebas toll (hingga 31 Ogos 2011) menggunakan highway LATAR (pak andak cakap ikut highway nie cepat!) amat menakutkan.. Da la gelap (nasib baik hero-hero malaya ader) ucu plak time-time nie plak nak citer pengalaman dia nampak hantu kat highway KARAK.. Memang tak boleh blah ikut highway LATAR nie, da la bapak punya jauh nak pusing balik, nasib baik toll free.. Tapi kalau tak cuba mana nak tahu kan!

Perjalanan pulang kami dari Rawang hingga Klang amat melucukan.. Bila makcik, pakcik ngan anak buah bergabung macam nak pecah perut dibuatnya.. Tak pernah aku gelak sampai nak terbabas masuk salah lorong! Gelak sampai nak terkencing.. Abg eno ko memang director terbaik dan mak, memang pelakon yang terhebat!! tahniah buat anda!! Sambil-sambil berkongsi makan coklat yang aku beli dekat Shell tadi...

Jam 10mlm kami pun sampai dirumah.. Kesian adam dan hawa terpaksa tunggu mama balik! Dapat gak la main dengan dia orang sekejap sebelum melelapkan mata... Yeah! aku tidak kesunyiaan hari ini....




Coklat yang kita share 5 orang!!

No comments:

Post a Comment