Minggu kedua Ramadhan turn rumah Acik Salmah untuk memasak untuk berbuka puasa.. Kalau minggu pertama rumah Ucu Lela (sorry Ucu tak buat story buka puasa rumah Ucu coz lupa nak snap gambar!) tapi rumah Ucu pun meriah juga sampai tuan rumah tak lalu makan dibuatnya!
Ok minggu kedua nie lagi meriah dengan kehadiran wajib family Kak Liza, Kak Badar, Ucu, Abg Eno, Bob, Pojie, Mak Ngah (mak aku la tue) dan Pak Andak.. giler gamat sungguh dibuatnya kan!!
Dengan hidangan lauk pauk yang sedap ditambah lagi dengan ayam golek (Pak Andak sponsor! kene sebut nie... untung-untung pegi rumah Mak Ngah dapat lagi!!) memang terbaek la!! sampai nasi pun tak cukup! kesian tuan rumah kena masak lagi kan!! nak buat camne, dah keturunan kuat makan kan!! Lupa pulak! terima kasih Abg Eno kerana menaja minuman dan coklat-coklat.. yang lain semua bawa perut jer kan!! hahaha....walaupun tiada hiburan nyanyian dari artis jemputan, tapi kehadiran Hawa Darisya sudah cukup menghiburkan dengan lemak suara dia yang merdu itu (sorry yer.. nak buat camne dah memang anak saya tue suka kan ketenangan! tapi jgn risau saya akan cuba membiasakan dirinya secepat mungkin!)
Makan sudah, basuh pinggan mangkuk sudah, sapu lantai sudah, mop lantai pun sudah!! apa lagi, mesyuarat Phat Family diteruskan walaupun tanpa agenda dan minit mesyuarat yang lepas, kami terus berbincang untuk aktiviti akan datang... Kata sepakat telah diambil 20 Ogos 2011 aktiviti melawat kubur arwah Atok-atok, Moyang dan Mak Lang akan dianjurkan pada jam 10pagi dan berkumpul di Sek. Men. Bukit Kuda, Klang (sila bawa bersama Yassin yer).. Majlis Buka Puasa pada hari yang sama akan diadakan dirumah Mak Ngah... (harap maklum)
Diharap lebih ramai lagi sanak saudara akan menyertai aktiviti Phat Family ini bagi merapatkan lagi hubungan sesama kita...
Apapun aktiviti seperti ini memang best apatah lagi diselang-selikan dengan citer berunsur 18sx sambil salji-salji hitam turun... (hanya mereka yang ada disana saje mengetahuinya!) Sekali lagi terima kasih Acik Salmah sekeluarga kerana sudi menerima kehadiran kami semua!!
See you all this week yer... ngeh..ngeh.. babai...
tu diaaa. tukang basuh pinggan yg paling terhandal! ;p
ReplyDeleteermm.. yo la tue.. blakon dpn camera jer tu!! hahaha :p
ReplyDelete