Sorry Afat kerana kesibukan tugas dan 'market' yang tinggi akhir-akhir ini membuatkan aku busy dari biasa.. So, nak buat surprise birthday party pun lewat 2 hari. Actually birthday dia 9 Ogos tapi aku celebrate 11 Ogos (sorry yer Afat gar...)
Planning ngan Mek Nor & The Geng agak kelam-kabut sikit!! masing-masing semua nak cover line punya untuk keluar rumah.. Adoyaii.. patut party start kol 10.00mlm terpaksa ditunda jam 11.00mlm dengan sebab-sebab yang tak disengajakan oleh Mek Nor..
Untuk kali pertamanya aku mendengar birthday boy menyanyi sakan (tapi kebanyakkannya lagu mat indon jer dia nyanyi!! hahahaha) Tepat jam 12tengah malam, lagu happy birthday pun terpasang untuk meraikan birthday boy!! Agak merah muka Afat menahan malu agaknya...
Buat sahabatku, tiada apa yang dapat ku berikan selain sedikit hiburan bagi bersama-sama meraikan hari yang penting dalam hidupmu.. (perghhh...jiwang siot!!) Semoga persahabatan kita kekal hingga akhir hayat.. Terima kasih kerana menjadi salah seorang pendengar setia dan consultant tak bergaji aku.. Bagi mereka yang tak tahu, Afat adalah sahabat dari sekolah dulu, so kita orang memang rapat dari dulu lagi yer... Afat juga masih single (peluang masih ader untuk gadis-gadis yang kecil molek jer! coz mamat nie high taste skit!) siap buat iklan lagi untuk ko Afat!!
Terima kasih juga pada member-member yang sudi datang meraikan surprise birthday Afat dan menyumbangkan suara-suara anda... Mek Nor (tahniah kerana anda berjaya lari daripada rumah!) Mek Ros (scandal Afat!! hahahaha.. gurau jer!) Azie & tunang, Abg Nizar & Najib (coverline baek punya!) dan abang-abang JPJ...
Happy Birthday Buddy!!
Abg Nizar m'coverkan diri dari kantoi!!
Mek Nor & Mek Ros (Najib muka tengah risau!!)
Abg-abg JPJ..
No comments:
Post a Comment